Viral

Tular Video Gadis Rebah, Bapa Nafi Pemergian Anak Angkara Koronavirus…

Tular Video Gadis Rebah, Bapa Nafi Pemergian Anak Angkara Koronavirus…

Sharing is caring!

Tahun baharu 2020 nampaknya bermula suram apabila satu dunia telah dikejutkan dengan penularan wabak baru koronavirus yang dipercayai bermula dari China. Selain belum mempunyai vaksin, masyarakat juga bertambah bimbang apabila Malaysia tidak terkecuali daripada senarai negara terjejas memandangkan ada beberapa individu disahkan positif wabak koronavirus ini. Kesemua mereka masih dirawat dan belum ada kehilangan jiwa dilaporkan.

BACA : Trending Namanya Di Twitter, Pemergian Pemuda Ditangisi Rakan Cetus Rasa Hiba


Gadis rebah bukan penghidap koronavirus

Baru-baru ini tular di laman sosial mengenai satu rakaman video memaparkan seorang gadis tiba-tiba rebah jatuh ke lantai di dalam sebuah kedai aksesori telefon bimbit. Namun begitu, terdapat individu tidak bertanggunjawab menyebar video tersebut dengan membuat spekulasi bahawa gadis berkenaan merupakan individu yang disahkan menghidap koronavirus.

Tular Video Gadis Rebah, Bapa Nafi Pemergian Anak Angkara Koronavirus…

Bapa kesal tindakan individu sebarkan maklumat palsu

Susulan tersebarnya spekulasi tersebut, Norazlan merupakan bapa kepada Allahyarham Nur Izzah Izzati tampil menafikan dakwaan itu. Nur Izzah sebelum ini, rebah sebelum dikejarkan ke pusat perubatan  berhampiran. Norazlan mengakui terkilan apabila terdapat pihak yang mengatakan punca pemergian anaknya adalah disebabkan koronavirus.


Tular Video Gadis Rebah, Bapa Nafi Pemergian Anak Angkara Koronavirus… Tular Video Gadis Rebah, Bapa Nafi Pemergian Anak Angkara Koronavirus…

Dia pengsan… namun Allah lebih menyayanginya

Kata Norazlan, dia mengetahui Allahyarham pengsan selepas salah seorang rakan anaknya memaklumkan insiden tersebut kepadanya sebelum bergegas mendapatkan Nur Izzah. Dalam pada itu, bapa kepada dua cahaya mata ini tidak dapat menahan sebak mengenangkan kejadian yang menimpa anak bongsunya berusia 20 tahun.

Tular Video Gadis Rebah, Bapa Nafi Pemergian Anak Angkara Koronavirus…

 

Tular Video Gadis Rebah, Bapa Nafi Pemergian Anak Angkara Koronavirus…

1 Malaysia tahu video tu, harap ia dipadam bagi menjaga aib

Di samping itu, dia dan isteri Latifah Adam berharap agar individu yang menyebar dan menyimpan video terbabit dipadam dengan segera bagi menjaga aibnya serta keluarga. Allahyarham Izzah dikebumikan, Kampung Batu Tiga, Klang.


Tular Video Gadis Rebah, Bapa Nafi Pemergian Anak Angkara Koronavirus…

Tular Video Gadis Rebah, Bapa Nafi Pemergian Anak Angkara Koronavirus…

Tular Video Gadis Rebah, Bapa Nafi Pemergian Anak Angkara Koronavirus…

Sumber : Metro Harian, Facebook Art Fever Hafiz Rusidah

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!