Tular Video Lelaki ‘Kendong’ Anak Sewaktu Solat Jumaat, Netizen Puji Sikap Bapa

Setiap hari Jumaat, lelaki yang beragama Islam wajib menunaikan solat fardhu (dua rakaat) menggantikan Zuhur. ibadat sembahyang secara berjemaah tersebut akan ditunaikan selepas selesai bacaan khutbah dibacakan. Di Malaysia, rakaman ibadah berkenaan akan ditayangkan secara langsung menerusi saluran TV1 bertempat di Masjid Negara. Hari ini sedikit berbeza apabila sedutan rakaman tersebut tular di media sosial. 

BACA: [VIDEO] Berjaya Capai Impian, Pemuda Hadiahkan Ibu Bapa Pakej Umrah & Telefon

Rakaman gendong anak ditonton secara langsung

Keratan video tersebut telah dimuat naik di laman Twitter oleh saudari Sahrulazhar. Menerusi siaran secara langsung tersebut, dapat dilihat seorang lelaki mendukung anaknya dengan baik sewaktu menunaikan solat Jumaat. Malah kalau melihatkan pada pergerakannya, si bapa seolah-olah sudah terbiasa melakukannya dengan menggunakan tertib yang betul. 

Advertisement

Advertisement

Bagusnya, tiada alasan tak boleh solat

Rakaman berkenaan turut menjadi perhatian beberapa pengguna Facebook yang turut berkongsi sedutan sama. Rata-rata ramai  memuji tindakan lelaki berkenaan yang menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah dengan sempuarna serta layak menjadi contoh buat orang lain. Ada juga yang dilihat teruja untuk menyaksikan satu persatu langkah si ayah dalam mendukung anaknya sambil menyelesaikan ibadah berkenaan. 

Pastikan anak dalam keadaan bersih dan suci

Menurut portal Zayan, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi sewaktu menggendong si kecil sambil solat. Antaranya adalah dengan memastikan anak berada dalam keadaan bersih serta suci daripada najis, Seterusnya adalah dengan memulakan niat solat mendukung bayi selain memegang erat kanak-kanak berkenaan sewaktu rukuk dan tidak perlu meletakkan tangan di atas lutut seperti biasa. 

Advertisement

Sumber: Facebook Shareen Omar & Twitter Sahrulazhar

Advertisement

Apa Komen Anda?