Viral Kehidupan

Tumpang Parking Seberang Jalan, Lelaki Terkilan Jiran Campak Tanah Atas Kereta

Tumpang Parking Seberang Jalan, Lelaki Terkilan Jiran Campak Tanah Atas Kereta

Hanya yang pernah kena sahaja faham betapa geramnya hati jika kita tinggal di sekitar perumahan dengan jiran kekurangan sifat timbang rasa. Tiada angin tiada ribut, terkadang mereka ini sesuka hati melakukan perbuatan khianat tak ubah seperti samseng yang sedang naik kepala. Itulah hal yang turut dialami oleh seorang lelaki dengan akaun FB Ashedz.

BACA : Pelik Halaman Rumah Selalu Kotor, Rupanya Jiran Depan Kantoi Buang Najis Kucing 

Aku bukan parking depan rumah dia…Aku letak nombor telefon aku kot

2 hari lalu, dia berkongsikan rasa terkilan mengenai keadaan keretanya yang kotor gara-gara dicampakkan tanah oleh jiran terdekat. Peliknya, lelaki ini cuma parking di seberang jalan besar dan bukannya masuk ke betul-betul di hadapan pagar rumah orang lain. Andai ada pihak yang mahu kenderaan itu dialihkan sekalipun, Asheds rupanya terlebih dahulu tinggalkan nombor telefon namun tiada sesiapa menghubunginya untuk makluman.

Ini kali pertama saya parking di situ…Apa tindakan yang boleh saya buat?

Bercerita lanjut, pada hari kejadian dia parking sebentar di sana kerana sekitar rumahnya penuh dengan kereta saudara yang datang bertandang. Namun tanpa disangka-sangka, jiran berusia lewat 50-an yang cuma tinggal sendirian di rumah terbabit bertindak biadab sebegitu teruk. Justeru dengan penularan video ini, dia meminta pandangan orang ramai mengenai tindakan yang boleh dibuat berkaitan isu tersebut.

Tumpang Parking Seberang Jalan, Lelaki Terkilan Jiran Campak Tanah Atas Kereta

Dia ingat beli rumah dapat free jalan raya kot…Kalau ada duit lebih boleh saman

Netizen turut merasa geram dengan kisah yang dikongsikan oleh lelaki tersebut. Selain mencadangkan tindakan saman rugi, mereka juga memberikan idea agar Ashedz memasang CCTV sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya kejadian sama berulang.

Tumpang Parking Seberang Jalan, Lelaki Terkilan Jiran Campak Tanah Atas Kereta

Tumpang Parking Seberang Jalan, Lelaki Terkilan Jiran Campak Tanah Atas Kereta

Tumpang Parking Seberang Jalan, Lelaki Terkilan Jiran Campak Tanah Atas Kereta

Tumpang Parking Seberang Jalan, Lelaki Terkilan Jiran Campak Tanah Atas Kereta

Kredit : FB Asheed Freedom

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Tumpang Parking Seberang Jalan, Lelaki Terkilan Jiran Campak Tanah Atas Kereta

Facebook

Telegram