Inspirasi Isu Semasa Kehidupan

Tunggu Bantuan Lama Sangat, Wanita Ini Ambil Tilam Yang Dibuang Cuci Macam Baru

Tunggu Bantuan Lama Sangat, Wanita Ini Ambil Tilam Yang Dibuang Cuci Macam Baru

Sebaik sahaja air mulai surut di sesetengah kawasan yang terkesan dengan banjir, rata-rata penduduk segera kembali ke rumah untuk melihat keadaan kediaman mereka. Seperti yang dapat kita saksikan di media sosial, banyak barang dilupuskan kerana kondisinya sudah tidak elok lagi selepas ditenggelami lumpur yang sangat teruk.


BACA: Anak Tak Sihat Rumah Habis Banjir, Isteri Cekal Walaupun Suami Jauh Offshore

Tunggu Bantuan Lama Sangat, Wanita Ini Ambil Tilam Yang Dibuang Cuci Macam Baru
Gambar sekadar hiasan

 

Daripada asyik tunggu sumbangan tilam, baik kutip mana boleh guna…Banyak yang masih elok cuma kotor je

Pun begitu, bukan semua orang sanggup membuang barang dimiliki selama ini kerana segelintir daripadanya tidak berkemampuan membeli yang baharu. Penat menunggu sumbangan yang tak kunjung tiba, seorang wanita di akaun TikTok bernama Mamyputriraisha membuat keputusan untuk mencari tilam terpakai di longgokan barangan terbuang.

@xx011274xx6xx

Bole guna kita guna.buat ape nak membazirkan😁 #mangsabanjir2021 #kampungbukitlanchong

♬ GOOD BOY X DANCE MANCING – Rian.A

Cuci guna pencuci sumbangan daripada orang ramai…Hujan je, bila nak kering

Turut terjejas dengan bencana alam itu, pemilik video ini akhirnya menjumpai sebuah tilam yang masih boleh digunakan. Walaupun ia sudah comot dengan kesan lumpur, wanita berkenaan nekad mencucinya sehingga bersih. Dengan bantuan water jet serta cecair pencuci lain, alas tidur itu kini kembali putih.


@xx011274xx6xx

Reply to @nurarefifah 😊

♬ Funny Song – Cavendish Music

Basuh selagi boleh basuh…Benda boleh basuh buat apa bazir duit beli yang lain kan?

Sejak dikongsikan 3 hari lalu, video tersebut telah meraih hampir 220 ribu jumlah tontonan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen amat bersetuju dengan tindakan pemilik video ini yang memilih jalan untuk lebih berjimat.


Tunggu Bantuan Lama Sangat, Wanita Ini Ambil Tilam Yang Dibuang Cuci Macam Baru

Tunggu Bantuan Lama Sangat, Wanita Ini Ambil Tilam Yang Dibuang Cuci Macam Baru

Tunggu Bantuan Lama Sangat, Wanita Ini Ambil Tilam Yang Dibuang Cuci Macam Baru

Tunggu Bantuan Lama Sangat, Wanita Ini Ambil Tilam Yang Dibuang Cuci Macam Baru

Kredit: TikTok Mamyputriraisha

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Tunggu Bantuan Lama Sangat, Wanita Ini Ambil Tilam Yang Dibuang Cuci Macam Baru

Facebook

Telegram