Viral

“Tunggu Sat” – Pengantin Lelaki Nervous ‘Menonong’ Jalan Laju Tak Perasan Bini

“Tunggu Sat” – Pengantin Lelaki Nervous ‘Menonong’ Jalan Laju Tak Perasan Bini

Bakal pengantin pasti merasa nervous memikirkan majlis perkahwinan yang hampir tiba. Status bujang yang disandang akan berubah dengan serta merta selepas akad nikah. Segala persiapan akan dibuat daripada dekorasi majlis sehinggalah kepada persiapan diri pengantin itu sendiri. Pada masa ini, akan berlaku bermacam-macam perkara lucu tidak kiralah daripada pihak pengantin atau keluarga kita sendiri.

BACA: Sebelum Menjelang Hari Bahagia, Bakal Pengantin Harus Pastikan 6 Perkara Ini

Dengan yakin berarak bersama pengiring lelaki, tapi lupa kepada bininya..

Baru-baru ini, sebuah rakaman video berdurasi 34 saat dimuat naik oleh seorang gadis bernama Nurul menjadi perhatian orang ramai di TikTok.  Ia menyaksikan pengantin lelaki lengkap dengan pakaian busana indah berarak memasuki perkarangan rumah pengantin wanita. Namun dengan confident dia terlajak berjalan ke depan sehingga mak cik berbaju kurung warna pink menegur dengan loghat Kedahnya. Situasi itu membuatkan semua yang ada di sana tertawa besar.

@nurulhoney89

Pengantin laki nervous smpai jlan pon x nmpak bini dah🤣. Cari merata har.. Adoi.. Sabaq je la.. Apa2 pon congrats fasha ❤️ fikri

♬ original sound – Nurul❤️ – Nurul❤️

Aku perhatikan saja pengantin lelaki tu, serentak berjalan dengan pengiring sebelah dia..

Meraih lebih 100 ribu tontonan, klip video tersebut rancak dihujani dengan pelbagai reaksi daripada netizen. Selain berharap pengantin itu boleh lebih tenang, ada yang berseloroh mengatakan agak-agaknya mungkin dia sedang berfikir tentang bini pertamanya. Bukan itu sahaja, ramai juga di antara mereka mengajuk kembali ayat mak cik yang berbaju warna pink itu.

“Tunggu Sat” – Pengantin Lelaki Nervous ‘Menonong’ Jalan Laju Tak Perasan Bini

“Tunggu Sat” – Pengantin Lelaki Nervous ‘Menonong’ Jalan Laju Tak Perasan Bini “Tunggu Sat” – Pengantin Lelaki Nervous ‘Menonong’ Jalan Laju Tak Perasan Bini “Tunggu Sat” – Pengantin Lelaki Nervous ‘Menonong’ Jalan Laju Tak Perasan Bini

Sumber: TikTok nurulhoney89

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“Tunggu Sat” – Pengantin Lelaki Nervous ‘Menonong’ Jalan Laju Tak Perasan Bini

Facebook

Telegram