Viral

Tunggu Suami Ambil Dokumen Perubatan, Wanita Hamil ‘Ajal’ Di Dalam Kereta

Tunggu Suami Ambil Dokumen Perubatan, Wanita Hamil ‘Ajal’ Di Dalam Kereta

Sharing is caring!

Acap kali kita dengar berita mengenai kematian yang berlaku akibat tidur atau terlelap di dalam kenderaan. Namun masih ramai yang mengambil enteng mengenai perkara ini dan menganggap dakwaan itu hanyalah mengarut semata-mata, malah hal yang sama turut menimpa lelaki ini. Siapa sangka kegembiraan suami isteri yang bakal menyambut kelahiran ahli keluarga baharu bertukar menjadi momen duka buat lelaki ini.

BACA : Van Hilang Kawalan, Doktor Dan Bayi 7 Bulan Temui Ajal Dalam Nahas Jalan Raya

Wanita sarat hamil ditemui kaku di parking kereta..

Menerusi Twitter milik wartawan bernama Mohd Redzuan Abdul Manap, dia telah memuat naik perkongsian mengenai seorang wanita sedang sarat hamil dilaporkan telah ditemui tidak kaku di dalam sebuah kereta. Lokasi kejadian dipercayai berlaku kawasan parking di Apartment Gugusan Semarak, Kota Damansara sekitar jam 7.30 malam.


Tunggu Suami Ambil Dokumen Perubatan, Wanita Hamil ‘Ajal’ Di Dalam Kereta Tunggu Suami Ambil Dokumen Perubatan, Wanita Hamil ‘Ajal’ Di Dalam Kereta

Pergi akibat komplikasi kandungan yang berusia 7 bulan

Menurutnya lagi, wanita berkenaan gagal diselamatkan akibat mengalami komplikasi terhadap kandungannya yang berusia 7 bulan sebelum sempat bergegas ke pusat perubatan berdekatan. Difahamkan ketika kejadian, suaminya naik sebentar ke rumah bagi mengambil dokumen penting yang tertinggal. Namun malangnya sebaik kembali ke kenderaan, dia mendapati isterinya dalam keadaan tidak bernyawa.

Tunggu Suami Ambil Dokumen Perubatan, Wanita Hamil ‘Ajal’ Di Dalam Kereta

Tunggu Suami Ambil Dokumen Perubatan, Wanita Hamil ‘Ajal’ Di Dalam Kereta

 

Tunggu Suami Ambil Dokumen Perubatan, Wanita Hamil ‘Ajal’ Di Dalam Kereta

Turut tinggalkan anak yang masih kecil..

Lebih menghibakan apabila wanita berkenaan turut tinggalkan seorang anak kecil dan kehamilan tersebut merupakan anak kedua mereka. Bagaimanapun, jasad wanita itu dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya untuk siasatan lanjut.


Tunggu Suami Ambil Dokumen Perubatan, Wanita Hamil ‘Ajal’ Di Dalam Kereta Tunggu Suami Ambil Dokumen Perubatan, Wanita Hamil ‘Ajal’ Di Dalam Kereta

Sumber : Twitter redzuanNewsMPB, Astro Awani


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!