Masalah dental atau ketidakselesaan pada bahagian gusi sudah menjadi perkara biasa kepada insan kecil bergelar kanak-kanak. Namun membawa mereka untuk bertemu dengan doktor gigi bukanlah sesuatu yang mudah dan pastinya perlu bantuan serta sokongan daripada ibu bapa. Walau bagaimanapun, masih ada yang bersikap acuh tak acuh sewaktu membawa anak menerima rawatan.
BACA: Henti Harapkan Diagnosis Media Sosial, Jumpa Doktor Face To Face Lebih Baik
Ditunjal kepala anak tu dari belakang
Terbaru, seorang pegawai perubatan di bahagian pergigian telah berkongsi pengalamannya menyaksikan sikap sesetengah ibu bapa yang sangat mengecewakan. Seorang budak lelaki berusia 7 tahun dibiarkan terpinga-pinga seorang diri ketika dalam proses mendapatkan rawatan pergigian. Bukan sahaja terlalu mendesak untuk masuk sendiri bertemu doktor, malahan si ibu sanggup menunjal kepala anaknya itu dari belakang.

Tolong bagi sokongan moral pada anak-anak
Doktor gigi berkenaan kesal dengan tindakan si ibu yang dilihat lepas tangan di saat anak-anak mereka perlu melalui proses tersebut. Baginya, adalah lebih baik untuk ibu bapa turut serta sewaktu anak menerima rawatan. Selain dapat menghilangkan rasa gugup dalam diri, doktor dapat memberikan penerangan dan konsultasi tentang masalah kesihatan yang dihidapi.

Kami ni kalau boleh suami isteri nak masuk
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dengan tindakan si ibu yang dianggap tidak bertanggungjawab. Malah mereka turut merasa kasihan dengan nasib si anak yang sebenarnya perlu sokongan moral dari kedua orang tuanya.
Sumber: Iqbal Rosali
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura