Hilang 14 Kg, Gadis Ini Kongsi Rahsia Turunkan Berat Tanpa Keluar Jogging!

Pastinya menjadi impian semua orang untuk memiliki berat badan yang ideal atau sempurna dengan tinggi anda. Pendek kata nak macam model gitu! Walau bagaimanapun, target tersebut bukanlah mudah untuk diperoleh tanpa usaha yang konsisten. Baru-baru ini, seorang gadis yang mesra dipanggil dengan nama Shae ini telah berkongsi tips menurunkan berat badan tanpa mengamalkan sebarang produk atau pergi ke gym pun. Atas usahanya, dia telah berjaya menurunkan berat sebanyak 14 kilogram.

BACA: Untung Jualan Cecah Ribuan Ringgit, Wanita Dedah Rahsia Buat Creampuff Fluffy!

Sebab selalu makan je…awal diet pakai cara hardcore

Menurut gadis ini, dia pernah menerima banyak kata-kata yang berbaur negatif mengenai bentuk badannya daripada orang sekeliling termasuklah teman lelakinya sendiri. Menjadikan semua tohmahan itu sebagai pembakar semangat, Shae akhirnya bertegas untuk mengelakkan diri daripada menjamah nasi setiap hari, sebaliknya makan sayur dan lauk sahaja untuk dijadikan sebagai alas perut. Selain itu, dia juga menahan diri daripada mengambil minuman yang bergula dalam amalan diet hardcore tersebut.

Sebab malas jog…malam exercise kaki je & fokus bahagian pinggang ke bawah

Selain daripada jaga makan minum, Shae juga turut mengamalkan senaman ringkas tapi tertumpu kepada bahagian pinggang dan kakinya. Walaupun tidak mengeluarkan peluh yang banyak sama seperti berjogging atau senaman aerobik yang lain, namun kaedah ini sudah cukup berkesan untuk menurunkan berat badan secara keseluruhan. Dalam pada itu, gadis ini turut menasihati orang ramai di luar sana agar ikut kemampuan badan masing-masing tapi jangan sampai takut mencuba langsung.

Sumber: Twitter ShahiraKhamdani

Apa Komen Anda?