Artis Family Viral

“Tutu Dayahhhh”-Puas Ajar Gelaran Ibu, Sekali Anak Panggil Dayah Guna Nama Saja

“Tutu Dayahhhh”-Puas Ajar Gelaran Ibu, Sekali Anak Panggil Dayah Guna Nama Saja

Dilahirkan pada 17 Ogos 2020, anak tunggal Dayah Bakar secara rasmi menginjak ke usia 2 tahun pada hari ini. Pengacara terkenal tersebut banyak berkongsikan video gelagat comel Achbar Muhammad Fahri di media sosial dan ia begitu digemari pengikut setia mereka.

BACA : Anak Dara Didakwa Kikis Suami Orang, Rupanya Ini Kandungan Mesej Azhar Sulaiman

Fahri, ibu, ibu, ibu, ibu

Sama seperti anak-anak kecil yang lain, Dayah Bakar juga gigih mengajarkan Fahri untuk memanggilnya sebagai ‘ibu’. Sudah tentu ada mak-mak di luar sana pernah mengalami struggle yang sama di mana cahaya mata mereka hanya pandai menyebut panggilan ‘ayah’, namun entah mengapa begitu sukar untuk mengeluarkan sebutan ‘ibu’ atau ‘mama’ walaupun sudah berkali-kali diajarkan.

“Tutu Dayahhhh”-Puas Ajar Gelaran Ibu, Sekali Anak Panggil Dayah Guna Nama Saja

Dayahhhhh, tutu Dayahhhhh…Tutu Dayahhhhh

Dalam sebuah video yang dimuat naik ke TikTok, siapa sangka selama ini Fahri cuma memanggil ibunya menggunakan nama sahaja. Masih belum pandai bercakap sepenuhnya, sebutan berkenaan yang bercampur dengan nada pelat sungguh comel sekali umpama sedang bercakap dengan kawan pula.

@dayahbakar

Fahri 2 years old esok 🥹🤍 #fyp #fypシ #fypdongggggggg

♬ original sound – DayahBakar – DayahBakar

Alamak Fahri, Dayah tu ibu awak tau…Panggil macam kawan dia je, bertuah betul

Meraih lebih setengah juta tontonan, ramai netizen terhibur dan golongan ibu khususnya mengakui mereka mempunyai pengalaman yang sama. Oleh kerana anak-anak cenderung mendengar panggilan yang biasa digunakan di rumah, mereka menukar kepada ‘Mama’ dan ‘Ayah’ sebagai usaha membetulkan kebiasaan salah.

“Tutu Dayahhhh”-Puas Ajar Gelaran Ibu, Sekali Anak Panggil Dayah Guna Nama Saja

“Tutu Dayahhhh”-Puas Ajar Gelaran Ibu, Sekali Anak Panggil Dayah Guna Nama Saja

“Tutu Dayahhhh”-Puas Ajar Gelaran Ibu, Sekali Anak Panggil Dayah Guna Nama Saja

Kredit : TikTok Dayah Bakar

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“Tutu Dayahhhh”-Puas Ajar Gelaran Ibu, Sekali Anak Panggil Dayah Guna Nama Saja

Facebook

Telegram