Ubat Gigi Boleh Kecutkan Jerawat? Gadis Ini Kongsi Pengalaman Yang Sebaliknya!

Makin dekat sahaja dengan hari raya, perasan tak wajah kita pun makin buat hal? Time macam ni lah ada jerawat mula ‘berkampung’ di beberapa bahagian yang sangat ketara, masa sebelum ni ok je. Bagi mengatasi masalah ini, mulalah ramai yang mencari solusi untuk merawatnya dengan cepat tanpa sebarang kesan parut. Dan antara petua yang selalu kita dengar untuk atasi  masalah sebegini adalah dengan meletakkan ubat gigi pada bahagian yang terjejas itu.

BACA: 3 Wanita Ini Buktikan 3 Kepercayaan Masa Mengandung Sebenarnya Mitos!

Gambar sekadar hiasan

Namun seorang ahli perubatan bernama Doktor Wana baru-baru ini mendedahkan bahawa amalan tersebut hanya akan merosakkan lagi kawasan tersebut, bukannya merawat.

Ubat gigi bersifat alkali yang mana boleh mengganggu pertahanan kulit. pH kulit 4-6. Ianya juga boleh meninggaIkan kesan hitam pada kulit, macam terbakar. Jadi tolong elakkan.

Tweet tersebut kemudiannya mendapat perhatian seorang gadis yang pernah mempunyai sejarah hitam gara-gara menggunakan bahan tersebut di atas jerawat mukanya.

Letak ubat gigi & bawak tidur…malu nak menghadap orang masa tu

Ni kulit sekarang…lepas beberapa bulan recovery

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut bersetuju dengan pendapat yang disampaikan oleh doktor ini menerusi pengalaman masing-masing jika mengamalkan rutin tersebut.

Pernah try letak dulu…bukan kecutkan jerawat tapi bakar jerawat

Patutlah jerawat makin naik lepastu jadi bintik hitam!

Pernah letak…pastu tiba2 macam ada kesan parut

Sumber: Twitter _Wahhhhna & SaiedahSaid

Apa Komen Anda?