Viral Artis rancangan tv

Ubi Bawa Datuk Yusuf Haslam & Team Gerak Khas, Siti Saleha Gelak Sampai Nangis

Ubi Bawa Datuk Yusuf Haslam & Team Gerak Khas, Siti Saleha Gelak Sampai Nangis

Jika sebelum ini Ubi pernah membuat pentas Muzikal Lawak Superstar menjadi kecoh dengan membawa kumpulan Wings, siapa sangka semalam mereka sekali lagi telah memenangis hati ramai. Dengan tema Live Prop di mana peserta perlu membuat persembahan lawak bersama artis jemputan masing-masing, pelakon utama dalam siri televisyen ‘Gerak Khas’ turut muncul.

BACA : Namie Terjelepuk Di Pentas, Struggle Nak Duduk Pakai Fesyen Baju Menggelembung

Aku tak bayar gaji ke, tak hidupkan permit ke, ada pernah kantoi? Tak pernah

Namie dan Sharif telah membawakan watak sebagai pekerja asing yang kononnya sering ditindas oleh pihak majikan. Gara-gara tidak tahan lagi dipergunakan, kedua-duanya membawa geng untuk memberikan pengajaran kepada bos mereka. Ketika inilah karakter Fad membuat panggilan telefon yang rupa-rupanya cubaan menghubungi pihak polis. Kemunculan Datuk Yusuf Haslam, karakter Sarjan Major Lingam, Sub Inspektor Lim dan Sub Inspektor Hashim membuat serbuan cukup membuat penonton teruja.

@sabihamarkburn

#muzikallawaksuperstar3 #minggu7 #ubisoftbrasil

♬ original sound – SabihaMarkBurn – SabihaMarkBurn

@sabihamarkburn

Replying to @Ikan_todak

♬ original sound – SabihaMarkBurn – SabihaMarkBurn

Tahniah Ubi, permulaan yang gempak…You buat I gelak sampai I nangis

Berjaya membawa figura yang cukup dikenali rakyat Malaysia, persembahan Ubi mendapat markah 5 bintang daripada Siti Saleha. Usaha mereka mencipta jalan cerita yang menarik sekali lagi meletakkan kumpulan ini di kedudukan selesa termasuklah jangkaan bakal menjadi calon juara MLS.

@sabihamarkburn

Replying to @Izz EjamBaby

♬ original sound – SabihaMarkBurn – SabihaMarkBurn

Kalau orang ingat dapat live prop mudah, tapi tidak untuk Ubi

Isteri kepada Fad menyifatkan perjalanan kumpulan Ubi mendapatkan live prop bukanlah mudah. Justeru kehadiran geng Gerak Khas cukup menyuntik rasa teruja selain mengimbau kenangan zaman kanak-kanak di mana ramai suka menonton rancangan bertemakan kepolisian tersebut.

Kredit : TikTok Sabiha Markburn & IG Syaheera Rahman, Zon Lawak

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Ubi Bawa Datuk Yusuf Haslam & Team Gerak Khas, Siti Saleha Gelak Sampai Nangis

Facebook

Telegram