Isu Semasa Viral

Ubi Rebus & Kelapa Muda Jadi Hidangan, Kisah Keluarga Miskin Undang Simpati

Ubi Rebus & Kelapa Muda Jadi Hidangan, Kisah Keluarga Miskin Undang Simpati

Sharing is caring!

Tidak dinafikan, setiap daripada kita pastinya pernah melalui pahit, getir serta kepayahan dalam menghadapi cabaran hidup. Namun begitu, setiap ujian yang diberikan pastinya ada hikmah yang tidak kita ketahui. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah ungkapan yang sesuai digambarkan tatkala membaca kisah mengenai sebuah keluarga  dari Kampung Tanjong, Bunut Susu, Kelantan.

BACA : [VIDEO] 4 Hari Tak Makan, Reaksi Lelaki Istimewa Daif Ini Undang Sebak Ramai

Malam hanya bertemankan cahaya pelita

Mana tidaknya, hanya cahaya pelita yang dihasilkan daripada minyak masak menjadi peneman setia bagi memerangi malam mereka selepas bekalan elektrik di rumah mereka dipotong. Memetik laporan Sinar Harian, pemotongan bekalan itu terpaksa dilakukan selepas keluarga berkenaan tidak mampu melunaskan bayaran tertunggak ekoran kesempitan hidup.


Ubi Rebus & Kelapa Muda Jadi Hidangan, Kisah Keluarga Miskin Undang Simpati
Gambar Sekadar Hiasan

Terpaksa angkut air telaga sejauh 30 meter

Berkongsi dengan lebih lanjut, Julailie Yasmin Mohamed Zahari mengakui terpaksa mengangkut air telaga sejauh 30 meter. Tambah wanita berusia 35 tahun ini, memandangkan kehidupannya yang serba daif membuatkan dia masih menggunakan dapur kayu untuk menyediakan hidangan buat keluarganya. Tambah Julaile, anak sulungnya bernama Muhammad Nabihan yang berusia 15 tahun kini sedang mengikuti pengajian agama di sebuah pondok di Pengkalan Chepa.

Ubi Rebus & Kelapa Muda Jadi Hidangan, Kisah Keluarga Miskin Undang Simpati

Suami tak bekerja, bantu keluarga dengan hasil tanaman

Kata ibu kepada enam cahaya mata ini lagi, dia kini bergantung sepenuhnya kepada bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas suaminya, Nasa Mohd Maghni tidak mampu bekerja ekoran mengalami masalah kesihatan. Akui Julalilie, bebanan keluarganya sedikit berkurang apabila suaminya gemar bercucuk tanam meskipun dalam keadaan tidak sihat.

Ubi Rebus & Kelapa Muda Jadi Hidangan, Kisah Keluarga Miskin Undang Simpati
Kredit Foto : Sinar Harian

Ubi kayu rebus & kelapa muda jadi hidangan utama keluarga

Dalam pada itu, dia tanpa berselindung mengakui bahawa setiap kali ‘terputus’ bekalan makanan suaminya akan menggali segala hasil tanaman yang ada di sekeliling rumahnya. Lebih meruntunkan hati apabila ubi kayu rebus dan kelapa muda sering menjadi juadah mereka sekeluarga. Manakala menu istimewa pula adalah nasi putih yang dimakan bersama budu dan ulam-ulaman. Dia bagaimanapun bersyukur kerana anak-anaknya tidak pernah merungut meskipun kadang kala terpaksa mengikat perut.


Ubi Rebus & Kelapa Muda Jadi Hidangan, Kisah Keluarga Miskin Undang Simpati

Ubi Rebus & Kelapa Muda Jadi Hidangan, Kisah Keluarga Miskin Undang Simpati
Gambar Sekadar Hiasan

Sumber: Sinar Harian


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini