Ucapan Hari Bapa Untuk Amy Search Diperli, Nabila Huda ‘Sound’ Mak Tiri!

Bersempena dengan Hari Bapa yang disambut semalam, pastinya ramai anak-anak yang membuat ucapan penghargaan buat bapa masing-masing. Tidak ketinggalan, Nabila Huda juga membuat perkara yang sama meskipun hubungannya bersama Amy Search tidaklah begitu baik. Disaat Amy Search tidak memberikan sebarang respon kepada ucapan Hari Bapa tersebut, isterinya iaitu Norhasniza Hassan pula membuat satu posting yang mencetuskan kemarahan Nabila Huda!

Baca : 10 Tahun Mak Tinggal Kat KL, Bila Bawak Shopping Barang Dapur Dia Mesti..

Berikut adalah ucapan Hari Bapa yang dibuat oleh Nabila Huda kepada Amy Search.

Setiap saat Abil rindu Papa! Dari kecil, kita tak banyak luangkan masa bersama. Setiap kali pergi rumah kawan, Abil cemburu tengok mereka dan bapa mereka.

Abil tak salahkan Papa sebab berpisah dengan Mama dulu. Abil tahu ramai cakap buruk pasal Abil. Tapi rasanya Papa lagi kenal Abil.

Banyak drama dalam hidup Papa. Mungkin kita tak ditakdirkan bersama. Tapi Abil sentiasa doakan kebahagiaan Papa.

Selepas dia membuat ucapan tersebut, ibu tirinya juga tidak ketinggalan membuat posting  tentang Amy Search. Tapi nampak macam nak perli Nabila Huda pula!

Dia tak sambut Hari Bapa…Family dia tak pernah ajar

Terasa bengang dengan kata-kata ibu tirinya, Nabila Huda terus meluahkan marah.

Tak payahlah play victims…Kau la punca aku jauh dengan bapak aku

Asal kau insecure sangat dengan aku? Aku takkan rampas rockstar kau!

Namun tidak lama kemudian, ibu tirinya segera menukar semula caption di posting tadi.

Serba salah dibuatnya…

Sumber : Instagram Nabila Huda danQasander

Apa Komen Anda?