“Ujian Ini Berat, Tapi..” – Isteri Pertama Ulas Da’i Farhan Nikah Janda Anak 8

Ahad lalu, juara program realiti Da’i musim ke-2 iaitu Da’i Farhan telah menjadi perhatian ramai apabila memuat naik beberapa foto tentang perkahwinan keduanya kepada umum di Instagram. Namun begitu, pernikahannya dengan Dr Erin yang juga merupakan ibu tunggal kepada 8 cahaya mata dikatakan tidak mendapat restu daripada isteri pertama dan dianggap ‘menunggang agama’ oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ches Al-Maliki.

BACA: Ibu Tunggal Anak 8 Dijadikan Isteri Ke-2, Da’i Farhan Minta Doakan Yang Terbaik

Ada yang kecam saya lembik…biarkan suami buat begitu

Advertisement

Memandangkan ramai tertanya-tanya mengenai kontroversi yang melanda suaminya, Fatin Nurul Ain memberanikan diri untuk membuat satu kenyataan sendiri walaupun sedang hamil anak kedua. Selain itu dia berharap agar penjelasan ini dapat menjawab semua dakwaan negatif terhadap keluarganya.

Advertisement

Tipulah kalau saya tak kecewa…rasa macam hilang arah

Jelas Fatin, dia tak menafikan bahawa dirinya mengalami tekanan emosi sebaik mendapat tahu tentang perkahwinan yang berlangsung di Tanah Suci itu. Malah perkara itu turut cuba dirahsiakan oleh kesemua ahli keluarganya sejak 2 bulan yang lalu. Namun gara-gara tidak kuat untuk memendamnya, dia telah meluahkan perkara tersebut kepada rakan baiknya, Ches.

Advertisement

Mulanya saya redha dalam paksa…tapi benda boleh bincang

Advertisement

Walaupun awalnya wanita ini cuba menerima hakikat dalam keadaan terpaksa, tetapi dia akui sudah mampu menempuh ujian tersebut dengan baik. Semuanya terjadi atas berkat ketiga-tiga pihak saling bermaafan dan mencari titik persefahaman mengenai hala tuju rumah tangga. Dia juga berterima kasih atas setiap doa dan sokongan yang diberikan oleh netizen yang prihatin mengenai dirinya.

Advertisement

Hentikan segala tohmahan…suami pun dah ambil pengajaran

Advertisement

Di hujung perkongsiannya, wanita ini memohon kepada orang ramai agar berhenti melemparkan kata-kata negatif kepada mereka sekeluarga. Dalam pada itu, Fatin turut memaklumkan bahawa dia sudah meminta rakan baiknya agar memadam perkongsian yang bertajuk ‘Surat Terbuka Buat Daie F’ itu. Namun Ches tetap bertegas untuk mengekalkannya sebagai pengajaran buat para wanita yang teraniaya di luar sana.

Advertisement

Sumber: FB Fnama Fatin

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?