Family Inspirasi

“Umi, Ayah Tengok Kita” – Ibu Adlina Marie Dedah Kisah Sayu Sebalik Lagu Haqiem

“Umi, Ayah Tengok Kita” – Ibu Adlina Marie Dedah Kisah Sayu Sebalik Lagu Haqiem

Sharing is caring!

Sesungguhnya kasih sayang seorang anak terhadap ibu bapa memang tiada tandingannya. Bagi si manja Adlina Marie yang bergantung kasih sayang kepada bapanya, sudah tentu kehilangan insan tersebut sukar untuk digambarkan. Gara-gara cuma berusia 2 tahun pada masa itu, kisah si cilik ini bersama ibunya telah dijadikan inspirasi kepada lagu baru penyanyi muda terkenal, Haqiem Rusli.

BACA: Haqiem Rusli Pohon Doa Peminat, Berangkat Tunai Umrah Bersama Keluarga


“Umi, Ayah Tengok Kita” – Ibu Adlina Marie Dedah Kisah Sayu Sebalik Lagu Haqiem

Adlina selalu mimpi & tegur pernah nampak ayah…

Baru-baru ini, pihak Kisah Dunia telah sempat menemu ramah Puan Siti Sukainah Rahim secara eksklusif berhubung kisah di sebalik lagu tersebut. Di samping menceritakan semula kronologi pemergian Allahyarham Adli Soul Mokhtar yang terbabit dalam nahas 3 tahun lepas, dia turut mendedahkan Adlina pernah beberapa kali mimpi dan tegur pernah nampak bayangan bapanya. Meskipun terdetik rasa bimbang, namun Puan Siti sering menenangkan anak tunggalnya itu yang mungkin terasa rindu.

Takdelah kerap, cuma ada dalam beberapa kali dia cakap “Umi ayah tengok kita.” Kadang-kadang saya pun tengok kiri kanan sebab agak takut juga. Tapi selalunya akan ajak Adlina sedekahkan Al-fatihah dekat ayah. Ayah rindu kita mungkin, kita pun rindu ayah. Kalau mimpi ayah pun dia akan beritahu “Umi, Adlina malam tadi mimpi ayah & dia datang tengok kita. Ayah cakap ayah sayangkan kita. Kita pun sayang kat ayah kan umi?” Soalan begitulah yang selalu buat saya sebak. 

“Umi, Ayah Tengok Kita” – Ibu Adlina Marie Dedah Kisah Sayu Sebalik Lagu Haqiem

Terharu ada artis prihatin dekat Adlina…harap dapat jadi anak solehah yang selalu doakan umi & ayahnya

Mengulas tentang lagu bermakna tersebut pula, Puan Siti mengakui agak terkejut sebenarnya apabila ada penyanyi yang prihatin dan hasilkan judul karya bersempena nama anaknya. Dalam pada itu, dia turut berharap Adlina menjadi anak solehah serta tercapai cita-citanya untuk bergelar seorang doktor suatu hari nanti.


Dulu tak sangka video dekat Twitter adik ipar viral, sekarang lagi terkejut sebab ada artis macam Haqiem Rusli buatkan lagu pula untuk Adlina. Kami sangat terharu ada orang prihatin kat dia. “I’m happy ada abang, abang Haqiem Rusli,” Adlina Marie.

“Umi, Ayah Tengok Kita” – Ibu Adlina Marie Dedah Kisah Sayu Sebalik Lagu Haqiem

Sumber: Twitter Anne_mokhtar & FB Siti Sukainah Rahim


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!