“Umi Nak Pakai Baju Ni Untuk Raya”- Lelaki Tahan Lapar Demi Tunai Impian Si Ibu

Setiap insan bergelar seorang anak pasti ada impian untuk menggembirakan ibu bapa walaupun ia mungkin tidak setimpal dengan apa yang mereka berikan. Mana tidaknya, pengorbanan mereka dalam membesarkan anak-anak untuk menjadi individu yang berguna memang tiada bandingnya. Apabila permintaan mereka berjaya ditunaikan, hanya tuan badan saja mengerti perasaan bahagia itu seperti apa yang diceritakan oleh seorang lelaki ini. 

BACA: Mak Kandung Berebut Anak Depan Sekolah, Orang Ramai Segera Selamatkan Keadaan

Along ummi teringin sangat nak pakai baju ni

Advertisement

Dirinya yang waktu itu masih lagi bergelar seorang pelajar runsing bagaimana untuk menunaikan keinginan ibunya yang teringin membeli sehelai baju. Tidak mahu mengecewakan si ibu, pemuda itu nekad bekerja secara part time bagi mengumpul sejumlah wang. Walaupun ada kalanya diri terpaksa mengikat perut, namun ia tidak mematahkan semangatnya bagi membahagiakan insan tercinta. 

Advertisement
Gambar Sekadar Hiasan

Kenapa along susah-susah untuk ummi, tak dapat beli pun takpa

Setelah lebih kurang lima hari berlalu, lelaki tersebut akhirnya berjaya membeli baju yang diinginkan oleh ibunya. Ternyata dia merasakan begitu puas dan bangga tatkala melihat kegembiraan wanita tersebut apabila menerima hadiah bermakna tersebut.

Advertisement
Gambar Sekadar Hiasan

Along mahal ni, tak payah beli lah….bazir

Bukan itu sahaja, lelaki tersebut juga berjaya menggembirakan si ayah dengan membeli sehelai pakaian kerja menggunakan wang hasil bekerja separuh masa. Bahkan sehingga sekarang, baju tersebut masih dihargai sepenuh hati memandangkan ia sebuah pemberian yang sangat berharga.

Advertisement

Sekurang-kurangnya aku tak nak ada rasa menyesal singgah di hati

Apabila melihat kegembiraan terpancar daripada wajah kedua ibu bapanya, pemuda itu mula sedar dengan satu perkara. Kebahagiaan yang dirasai oleh mereka turut mendatangkan kebahagiaan kepada diri sendiri walaupun mungkin nilainya tidak seberapa. 

Advertisement

Sumber: Twitter Jaja Berkarya

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?