Family Viral

Umur Baru 32 Tahun Tapi Anak Dah 7 Orang, Kecantikan Ibu Ini Raih Pujian Ramai

Umur Baru 32 Tahun Tapi Anak Dah 7 Orang, Kecantikan Ibu Ini Raih Pujian Ramai

Jika bercakap soal bilangan anak, setiap pasangan ada pendapat mereka sendiri. Dengan situasi ekonomi global yang tidak menentu disusuli peningkatan kos sara hidup saban tahun, segelintirnya selesa mempunyai kurang daripada 3 orang cahaya mata. Malah kini semakin ramai yang memilih untuk hidup secara child-free kerana risau memikirkan komitmen jangka masa panjang.

BACA : Tunggu Lama Tapi Sajat Tak Muncul Dari Airport, Anak Menangis Rindu Atas Pentas

32 tahun anak 7 orang…Anda? Yang takde dalam gambar adalah anak syurga

Namun bagi wanita bernama Puan Akma Abdullah, perkongsian mengenai keluarga besarnya baru-baru ini telah menarik perhatian ramai. Berusia 32 tahun, dia sudah dikurniakan 7 orang zuriat yang pastinya menjadi penyeri hidup dengan suami tercinta. Dengan jarak usia yang tidak terlalu jauh sesama sendiri, hubungan antara adik beradik itu tampak sungguh meriah lebih-lebih lagi apabila bergambar ramai-ramai.

@akmaabdullah90

Yang takda dalam gambar anak syurga ☺️ #CapCut

♬ original sound – ezaB – ezaB

@akmaabdullah90

Ikut trend je

♬ suara asli – Fitrialifabhr – Fitrialifabhr

Sekejap je masa berlalu, dah jadi anak teruna

Apabila dia bergambar dengan anak sulungnya yang kini berusia 15 tahun, mereka berdua tak ubah seperti rakan sebaya. Ini mungkin kerana wajah si ibu yang persis seperti anak dara ditambah pula dengan ketinggian remaja itu yang mula melebihi paras kepala wanita tersebut.

Saya pun umur 32 anak 3 orang…Nak beranak lagi puas fikir kepenatan nak dihadap

Melalui ruangan komen, ramai netizen kagum selain memuji kecantikan yang dimiliki oleh Puan Akma. Tidak ketinggalan, mereka berkongsikan pandangan berdasarkan pengalaman masing-masing serta perihal tambah anak.

Umur Baru 32 Tahun Tapi Anak Dah 7 Orang, Kecantikan Ibu Ini Raih Pujian Ramai

Umur Baru 32 Tahun Tapi Anak Dah 7 Orang, Kecantikan Ibu Ini Raih Pujian Ramai

Umur Baru 32 Tahun Tapi Anak Dah 7 Orang, Kecantikan Ibu Ini Raih Pujian Ramai

Kredit : TikTok Akma Abdullah

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Umur Baru 32 Tahun Tapi Anak Dah 7 Orang, Kecantikan Ibu Ini Raih Pujian Ramai

Facebook

Telegram