Umur Sebulan Hidap Kanser, Ibu Bapa Maryam Tagih Doa Ramai Agar Cepat Sembuh

Ibu bapa mana saja yang tidak mahu anak dilahirkan membesar dengan sihat, terutamanya anugerah Allah yang pertama dalam keluarga masing-masing.  Begitulah juga dengan suami isteri yang dikenali sebagai Muhammad Jazmi dan Puan Shiera Adam ini. Namun takdir yang menentukan segalanya apabila cahaya mata sulung mereka disahkan menghidap barah jenis ‘neuroblastoma‘ iaitu ketumbuhan yang paling kerap ditemui dalam kalangan bayi.

BACA: Hasrat Sarung Uniform Tercapai, Adik Daniel ‘Pergi’ Lepas Derita Kanser Otak

Tolong doakan Maryam…tumor dah ganggu hati

Advertisement

Hujung November yang lalu, status daripada ibu bapa kepada bayi perempuan bernama Maryam Nur Jannah ini telah menjadi tular di laman Twitter kerana ingin memohon doa orang ramai sebagai salah satu ikhtiar untuk lekas sembuh. Menurut mereka, si comel ini telah didiagnos dengan kanser tersebut ketika usianya masuk hari ke-37 dan ketumbuhan itu turut mempengaruhi organ hatinya.

Advertisement

Perut dah kembung…Maryam dah mula berpuasa

Advertisement

Menerusi perkembangan terbaru yang dikongsikan oleh Puan Shiera, anak kecil ini sudah dimasukkan ke pusat rawatan semula walaupun sempat dibawa pulang beberapa hari lalu dan Maryam sudah mula berpuasa gara-gara perutnya makin kembung.

Maryam dalam dakapan ibu saudaranya

Comel & cantiknya baby…semoga cepat sembuh & ibu bapa terus kuat

Advertisement

Kedua-dua tweet berkenaan nyata telah mengusik jiwa ramai apabila meraih jumlah lebih daripada 40 ribu retweets setakat ini. Selain masyarakat tempatan, netizen dari Indonesia turut prihatin dengan situasi yang dialami oleh keluarga kecil ini. Posting berkenaan tak putus-putus dihujani dengan komen doa agar bayi tersebut lekas sembuh dan ramai memuji wajahnya yang sangat comel itu.

Advertisement

Sumber: Twitter ShieraAdam & irJazmie

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?