Untung Bernikah Dengan Si Duda, 2 Bulan Baru Kahwin Dapat Menantu Pula!

Berbicara soal jodoh, rata-rata masyarakat mempunyai stigma atau pendapat tersendiri apabila seseorang itu memilih untuk berkahwin dengan calon pilihan yang sudah pun memegang status duda atau pun janda. Bagaimanapun, Fatin Umairah Ismail menganggap gelaran itu tidak memberikan apa-apa kesan selepas bergelar isteri kepada lelaki yang berusia lebih 20 tahun daripadanya. Malah, dia lebih gembira apabila anak tirinya turut menamatkan zaman bujangnya 2 bulan selepas dia berkahwin. 

BACA: Anak Tiri Dato’ Sri Siti Nurhaliza Throwback Kenangan Kali Pertama Berjumpa

Umur 26 korang dah ada rumah? Aku dah ada menantu..

Menerusi beberapa posting yang dibuat di laman Instagram dan Twitter miliknya, Fatin menyatakan rasa syukur kerana dikurniakan keluarga baru yang cukup sporting dan telah menerima diri seadanya. Meskipun tidak pernah terlintas di kotak fikirannya bahawa satu hari nanti dia akan bergelar seorang ibu ‘instant‘, namun dia sudah menganggap kedua-dua anak tirinya itu seperti anak serta kawan baik sendiri.

Sayang Abah takkan berubah kurang sedikit pun..

Terdahulu, wanita berusia 26 tahun ini telah diijabkabulkan dengan suaminya iaitu Roslee Mohd Akhir sekitar hujung bulan April yang lalu. Meskipun Roslee kini mempunyai teman baru dalam hidupnya, namun dia tetap berjanji kepada anak-anaknya untuk memberikan kasih sayang yang masih sama selain berterima kasih kepada mereka kerana menerima seorang Mama baru dengan hati yang begitu terbuka.

Sumber: Twitter TheMeyyah, IG sharka77ack & meyyahismail

Apa Komen Anda?