“Untung Isteri..”- Demi Hadiahkan Gelang Emas, Lelaki Ini Gigih Main Duit Kutu!

Pengorbanan seorang wanita bergelar isteri dalam menguruskan rumah tangga tidak dapat dipertikaikan lagi. Oleh itu, tidak salah sekiranya si suami mahu berikan kejutan mahupun hadiah bagi menghargai penat-lelah isteri. Seperti yang dilakukan oleh seorang lelaki ini, dia nekad bermain duit kutu demi mengumpul modal sebelum menghadiahkan isterinya dengan gelang emas. Kisahnya berjaya mencuri tumpuan netizen.

Baca : Selepas 5 Tahun Perkenalan, Gadis Ini Teruja Dapat Hadiah Raya Bermakna

Selepas Fadhli melihat isterinya jarang memakai gelang yang pernah dihadiahkan, dia mula berasa tertanya-tanya. Rupanya si isteri memikirkan keselamatan anak-anak dan sempat juga menyuarakan hasrat untuk menukarnya dengan gelang lain yang lebih selesa.

Nanti saya simpan duit sikit-sikit…

Mendengar hasrat berkenaan, Fadhli terus merancang untuk membelikan isterinya gelang emas memandangkan hari ulang tahun perkahwinan juga sudah dekat. Uniknya, Fadhli gigih mendapatkan modal menerusi duit kutu.

Satu slot RM100…Ni kutu kategori masyarakat marhein je…

Tanpa memberitahu si isteri, Fadhli membuat kejutan dengan membawa masuk isterinya ke kedai emas ketika membeli-belah.

Bersinar mata isteri…Aku lepaskan dia pergi memilih mana yang berkenan

Walaupun tempoh mengumpul modal bukannya sekejap, Fadhli merasa puas apabila melihat wajah bahagia isterinya.

Untuk buat anak isteri bahagia, aku rela melakukan apa sahaja

Dalam pada itu, netizen juga merasa kagum dengan kegigihan suami ini dalam memberi hadiah pada isteri.

Terharu baca kisah romantis…Semoga kekal bahagia

Bertuahnya si isteri…Jarang jumpa lelaki sanggup main kutu

Bukan emas yang dipandang tapi usaha untuk menggembirakan

Sumber : Facebook Mohd Fadhli Salleh

Apa Komen Anda?