Sebut saja tentang hidangan yang comel molek ini, confirm takkan puas hati kalau hanya dimakan sebiji. Selain daripada mudah untuk disediakan, inti hidangan pastri ini juga boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing. Tak kisah lah jika ada yang suka letak inti krim kastard, coklat, cheesse dan sebagainya. Jika anda baru nak mula belajar untuk buat cream puff ini, boleh ikuti langkah-langkah penyediaan yang dikongsikan oleh wanita bernama Syazlin ini yang telah memperoleh ribuan ringgit hanya menerusi jualan hidangan ini.
BACA: “Nak Masuk Sekolah Balik..” – Teacher English Ini Buat Ramai Gadis Tak Keruan!
I pernah buat beribu2 hanya dgn jual creampuff. Yg baru habis study, or suri rumah yg nak generate duit tp taktahu nk buat mcm mana. Nah sini, i bagi free resipi creampuff yg betul2 fluffy.
I hanya buat filling; special castard & cheese shj tau. pic.twitter.com/i5fCAMWwbs
— Leen #StayAtHome (@syazlinzubir) July 8, 2019
Ini resipi creampuff yg betul-betul fluffy
Menurutnya, menu ini sangat mudah untuk diikuti jika penyediaan semua bahannya lengkap. Dan keuntungan daripada hasilnya juga boleh dijadikan sebagai side income atau pendapatan utama khususnya bagi mereka yang bergelar surirumah atau belum mendapatkan sebarang pekerjaan lagi.
Tutup api & letak ketepi 5min. Bagi suam sikit je..
Bila dh suam sikit, masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam doh. Ko nak pukul pakai tangan pun boleh, pakai mixer pun boleh. I pakai tangan je. Baru sado, senang sikit nak tempeleng org.
Pastikan doh korang bertanduk V tau. pic.twitter.com/LL8uyLSXYT
— Leen #StayAtHome (@syazlinzubir) July 8, 2019
Ok dah boleh masukkan kedalam oven selama 30min suhu 200c bergantung pd oven masing2. Jgn gatal nak buka pintu oven eh. Biar je dorang dalamtu.
— Leen #StayAtHome (@syazlinzubir) July 8, 2019
Gunting separuh je tau. Settle dah puff. Ok jom kita buat filling pula.
Bahan-bahan;
Whipping cream VIVO
Instant custardPukul whipping cream sehingga kental. Nak tahu kental, ko cuba terlangkopkan bekas tu, kalo tak jatuh tu means dh kental.
— Leen #StayAtHome (@syazlinzubir) July 8, 2019
Piping mcmni barulah tempting. Gebus. Sapa je tak terliur?! Takpe, jangan kedekut inti tau. Dah boleh jual 25pcs RM 20, atau 16pcs RM 13. pic.twitter.com/7KjY7LPRL4
— Leen #StayAtHome (@syazlinzubir) July 8, 2019
Putih-putih atas tu bukan tabur gula…tapi susu baby
Mungkin ramai yang tak tahu, tapi antara rahsia yang paling istimewa dan rare dalam penyediaan hidangan ini adalah ianya ditabur susu bayi di atasnya. Bukannya gula ataupun sebarang serbuk susu untuk mendapatkan kelazatan yang cukup istimewa. Dan bila semua dah serba-serbi menjadi, memang takkan rugi mahir buat kuih ini. Bukan sahaja anda dapat sediakan sebagai hidangan untuk ahli keluarga yang tersayang. Bahkan juga terima banyak tempahan dan marketing yang luas seperti yang dilakukan oleh wanita ini.
Sumber: Twitter syazlinzubir
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
