Inspirasi Viral

“Untung Kahwin Muda Dapat 2”- Hos Motif Viral Terkejut Isteri Bagi Suami ‘Madu’

“Untung Kahwin Muda Dapat 2”- Hos Motif Viral Terkejut Isteri Bagi Suami ‘Madu’

Sharing is caring!

Sejak akhir-akhir ini, topik berkaitan kahwin lebih daripada seorang atau poligami kerap menjadi topik perbualan dalam kalangan masyarakat. Jika sesetengah lelaki sanggup melakukan poligami secara senyap-senyap atau tanpa kebenaran isteri pertama kerana takut, namun lain pula kisahnya dalam sebuah rumah tangga ini.  Gara-gara memiliki keperibadian yang terlalu baik, wanita ini sendiri hadiahkan isteri kedua buat suaminya.

BACA: “Saya Ingat Dia Bergurau” – Ibu Tunggal Dedah Sebab Terima Lamaran Bermadu

“Untung Kahwin Muda Dapat 2”- Hos Motif Viral Terkejut Isteri Bagi Suami ‘Madu’

Kisah poligami istimewa masuk Motif Viral

Sekitar 5 bulan lepas, Puan Khazatul Atiqah Abu Seman telah mendedahkan bahawa dia sendiri yang melamar seorang wanita dikenali sebagai Nur Fathonah Abdul Rahim sebagai madunya. Siapa sangka pertemuan yang tidak dirancang di sebuah majlis melibatkan usahawan tempatan telah menyatukan mereka dan kisah ini menjadi tular. Malahan kedua-dua mereka bersama suami, Samuel Dzul telah diundang ke rancangan temu bual sensasi iaitu Motif Viral.

“Untung Kahwin Muda Dapat 2”- Hos Motif Viral Terkejut Isteri Bagi Suami ‘Madu’

“Untung Kahwin Muda Dapat 2”- Hos Motif Viral Terkejut Isteri Bagi Suami ‘Madu’


“Untung kau…kahwin muda dapat 2” (minit 1:40 – 2:10)

Ketika ditanyakan bagaimana dirinya boleh terbuka hati untuk melakukan sedemikian, Puan Atiqah terlebih dahulu menjelaskan bahawa usia perkahwinan mereka telah pun masuk 10 tahun sebelum madunya hadir. Sejurus mengetahui info tersebut, hos terus berseloroh bahawa lelaki itu sangat beruntung kerana dikurniakan 2 ‘bidadari’ dalam hidupnya. Wanita berusia 31 tahun itu kemudiannya meneruskan bahawa dia merasai keharmonian poligami yang diamalkan oleh bapa mentuanya bersama 3 isteri sewaktu tinggal di rumah mereka.

Tak patut hukum poligami…tapi orang yang tak betul melaksanakannya (minit 8:00)

Di hujung segmen temu bual berkenaan, pengasas bersama syarikat animasi ini turut menegaskan bahawa poligami adalah sunnah yang baik, indah, cantik dan tidak patut dipertikai. Akan tetapi, pihak yang mengelakkan diri daripada kebertanggungjawaban perlu dipersalahkan dalam sesebuah perkahwinan itu.

“Untung Kahwin Muda Dapat 2”- Hos Motif Viral Terkejut Isteri Bagi Suami ‘Madu’

Dua-dua bini tertib…suami pun nampak bertanggungjawab

Dalam pada itu, rata-rata netizen pula memuji sikap dan peribadi mulia yang ditampilkan oleh ketiga-tiga individu berkenaan. Mereka dipuji kerana membersihkan stigma negatif masyarakat terhadap rumah tangga yang berstatus poligami, sekali gus wajar dijadikan contoh untuk lebih semua pihak di luar sana.


“Untung Kahwin Muda Dapat 2”- Hos Motif Viral Terkejut Isteri Bagi Suami ‘Madu’

“Untung Kahwin Muda Dapat 2”- Hos Motif Viral Terkejut Isteri Bagi Suami ‘Madu’

“Untung Kahwin Muda Dapat 2”- Hos Motif Viral Terkejut Isteri Bagi Suami ‘Madu’

“Untung Kahwin Muda Dapat 2”- Hos Motif Viral Terkejut Isteri Bagi Suami ‘Madu’

Sumber: YouTube Thinker Studios


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!