“Untung Takde Mak Ayah, Punca Boleh Kahwin Bajet? Tak Minta Pun Jadi Begitu..”

Baru-baru ini, tular di segenap laman media sosial mengenai perkongsian kenduri kahwin yang serba sederhana tapi jauh lebih unik daripada majlis lain. Menariknya lagi, kos keseluruhan majlis itu hanya berjumlah lebih kurang RM1,000 sahaja. Ketika dihubungi oleh portal mStar, Siti Rozyainie Rozine berkata bahawa dia dan suami, Mohd Hafiz Khodir memang telah bersepakat dari awal lagi untuk bernikah ringkas begitu selain mengutamakan sunnah nabi.

BACA: Walaupun Bertemu Jodoh Di Disko, Tapi Lepas Kahwin Belajar Mengaji Sama2

“Untungnya dia takda mak bapak…sebab tu boleh buat majlis simple

Bagaimanapun, dia agak terkilan apabila ada pihak tak bertanggungjawab dalam kalangan netizen yang tergamak menyindirnya ‘beruntung’ kerana ibu bapanya tiada di majlis ketika itu. Hal ini kerana mereka telah mengambil bulat-bulat sepotong ayat yang ditulis oleh Siti dalam posting terbabit, sedangkan ada kisah di sebalik tulisan tersebut.

Aku tak minta pun tak mahu ada mak bapak..

Terpanggil untuk memberikan penjelasan, wanita berusia 26 tahun ini telah memuat naik sebuah video ulasannya ke laman Facebook baru-baru ini. Menurutnya ramai telah salah faham dengan ayat itu kerana tiada seorang pun di muka bumi ini mahu berada dalam posisi tanpa ibu dan ayah, lebih-lebih lagi sewaktu mengadakan majlis bermakna seperti sebuah perkahwinan.

Ayat tu merujuk pada keadaan broken family…bukan takde mak ayah

Dalam rakaman itu, Siti memberitahu bahawa ibu kandungnya masih hidup lagi manakala bapanya telah meninggaI dunia. Ayat dalam posting tersebut hanya merujuk kepada keadaan keluarganya yang datang daripada broken family. Sejak dari usia kecil lagi, kedua-dua ibu bapanya jarang hadir ke mana-mana majlis atau keraian istimewa dalam hidupnya termasuklah istiadat konvokesyen suatu ketika dulu. Selain itu, dia turut menerangkan bahawa majlis pernikahan itu telah lama diadakan dan kini mereka sudah mempunyai cahaya mata.

Patutnya bersyukur ada mak ayah…kalau takde benda nak cakap baik diam

Ujarnya lagi, ayat sindiran itu sememangnya tidak tepat kerana setiap anak wajar diberi kasih sayang yang secukupnya daripada ibu bapa masing-masing. Meskipun tidak sempat merasa nikmat itu pada usia mudanya, namun Siti tetap bersyukur kerana dikurniakan keluarga mentua serta suami yang amat penyayang. Di akhir paparan video itu, Siti mengucapkan terima kasih atas setiap doa yang diberikan oleh warga netizen. Dia turut berharap agar pihak yang memberikan komen ‘pedas’ itu agar berubah menjadi lebih baik di masa akan datang.

Sumber: FB Pinggan Terbang & mStar

Apa Komen Anda?