[UPDATE] Alhamdulillah, Ainul Mardhiah Selamat Jalani Rawatan – Ibu

Sejak diterbangkan ke London pada minggu akhir bulan Ramadhan yang lalu, ramai yang mendoakan agar urusan adik Ainul Mardhiah dipermudahkan dalam usaha untuk merawat Germ Cell Tum0r  yang dihidapinya. Dan menerusi perkembangan terbaru yang disampaikan menerusi Instagram milik ibunya, iaitu Nurul Erwani Zaidi, dia telah menyatakan rasa syukur ke hadrat Illahi selepas Ainul selamat menjalani sesi rawatan bersama pakar perubatan terkemuka di sana.

BACA: “Sesungguhnya Aku Takut” – Bapa Ainul Luah Risau, Risiko Rawatan Terlalu Tinggi

Alhamdulillah syukur…Ainul anak mama paling kuat

Dia dan suami, Ahmad Safiuddin Bin Ahmad Razak turut mengucapkan tanda penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam proses tersebut sehingga berjaya.

Terima kasih pada semua doktor…teruskan selit doa untuk Ainul

Dalam pada itu, Dr Amalina Che Bakri turut mengesahkan perkara tersebut di laman Instagram miliknya juga. Menerusi kapsyen pada posting tersebut, beliau turut meluahkan rasa berdebar sepanjang 0perasi itu berlangsung.

Lepas 5 jam bertarung…tum0r seberat 200g itu akhirnya berjaya dikeluarkan juga!

View this post on Instagram

Alhamdulillah, Ainul, you’re strong baby girl! 😭 After about 5 hours of battling in theatre, the tumour (weigh 200g) was successfully removed. You could not imagine how anxious I was, whilst in theatre. Such a tiny baby, so delicate, so beautiful — “don’t worry baby, everyone is here to help you”. Because it was such a high risk operation, a lot of preparations needed to be done before the operation to ensure that baby Ainul was safe. A lot of planning, a lot of scans, a lot of meetings and a lot of patience. The team included surgeons from various specialties (including craniofacial, plastics and head and neck consultants) led by Prof David Dunway and Mr Juling Ong. I was very honoured to be part of the surgical team. Ainul is currently being monitored post-operatively and she’s stable. When I stepped out from theatre and saw Ainul’s parents, I couldn’t control my emotions. It was a mixed feeling, such an emotional journey and an uplifting experience at the same time. Ainul, Wani and Safi are like my own family. Let’s pray for Ainul’s recovery. Thank you for all your prayers. 🙏🏽

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri) on

Terdahulu, Nurul Erwani ada mendedahkan yang anak perempuannya itu bakal dibed4h pada semalam, selain menitipkan doa dan semangat kepadanya yang bakal berdepan prosedur rawatan tersebut.

Lama kamu berada dengan Doktor harini…jangan nakal-nakal ye

Sumber: IG _nrlerwani & Harian Metro

Apa Komen Anda?