Viral

Upload Foto Bayar Zakat Tiap Bulan, Aeril Zafrel Dilabel Riak Tunjuk Kemewahan

Upload Foto Bayar Zakat Tiap Bulan, Aeril Zafrel Dilabel Riak Tunjuk Kemewahan

Sharing is caring!

Walaupun sudah membuat 1001 kebaikan, tetap sahaja akan ada pihak yang tidak senang melihatnya. Begitulah nasib yang menimpa pelakon  dan usahawan terkenal Aeril Zafrel apabila dikatakan riak gara-gara memuat naik gambar membayar zakat atas perniagaannya tempoh hari.

BACA : “Susah Mana Pun Rumah Tangga, Kena Yakin Isteri Pembawa Rezeki”- Aeril Zafrel


Orang lain bayar zakat juga tapi takde sampai nak menunjuk

Terdahulu, Aeril menyeru para pengikut yang mempunyai perniagaan dan berkemampuan untuk bersama-sama melunaskan tuntutan wajib tersebut sebagai umat Islam. Malah pelakon berusia 31 tahun itu turut mengatakan hasratnya untuk terus istiqamah pada setiap bulan. Walau bagaimanapun, usaha murni tersebut telah mengundang rasa tak puas hati segelintir pihak seperti paparan komen berikut.

Upload Foto Bayar Zakat Tiap Bulan, Aeril Zafrel Dilabel Riak Tunjuk Kemewahan Upload Foto Bayar Zakat Tiap Bulan, Aeril Zafrel Dilabel Riak Tunjuk Kemewahan Upload Foto Bayar Zakat Tiap Bulan, Aeril Zafrel Dilabel Riak Tunjuk Kemewahan

Upload Foto Bayar Zakat Tiap Bulan, Aeril Zafrel Dilabel Riak Tunjuk Kemewahan

Niat saya untuk ajak & ingatkan mereka sempurnakan ibadat wajib ini

Terpanggil berhubung isu tersebut, Aeril tampil meluahkan rasa terkilan terhadap sesetengah masyarakat yang sering memberi tanggapan negatif. Pelakon ‘Cari Aku Di Syurga’ itu turut menjelaskan bahawa tindakannya berkongsi moment tersebut sebagai inspirasi kepada orang lain untuk melakukan perkara yang sama.


Upload Foto Bayar Zakat Tiap Bulan, Aeril Zafrel Dilabel Riak Tunjuk Kemewahan

Upload Foto Bayar Zakat Tiap Bulan, Aeril Zafrel Dilabel Riak Tunjuk Kemewahan

Niat tu urusan hati & hati itu urusan Ilahi..

Dalam pada itu, suami kepada selebriti Wawa Zainal sempat memberikan pendapat bahawa mungkin tiada siapa menyangka bahawa aktiviti sedemikian mempunyai hikmah di sebaliknya. Mengakhiri posting tersebut, Aeril mengingatkan orang ramai supaya elakkan daripada leka menyebarkan aib dan kebencian.

Sumber : Instagram aeril_zafrel


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!