Viral

Upload Foto Lukisan Rupanya Hint Kematian, Priyanka Chopra Kenang Nasib Rakan

Upload Foto Lukisan Rupanya Hint Kematian, Priyanka Chopra Kenang Nasib Rakan

Sharing is caring!

Dunia hiburan Bollywood dikejutkan dengan berita menyedihkan mengenai pelakon Sushant Singh Rajput yang ditemui tidak bernyawa di kediamannya di Bandra, Mumbai. Pelakon filem ‘Dil Bechana‘ itu bagaimanapun berada dalam keadaan tergantung selain tiada sebarang nota terakhir ditinggalkan.

BACA : Ibu Bapa Sampai Gaduh Besar, Mahu Rebutkan Aset Sulli Berjumlah RM18 Juta


Ditemui tergantung & pil anti-depresi jadi bukti

Memetik laporan Times Now, aktor kacak ini dipercayai menderita masalah kemurungan berikutan penemuan kertas perubatan dan pil anti-depresi di kediamannya yang membawa bukti kukuh kematiannya. Lebih mengejutkan ramai lagi apabila bekas pengurus peribadinya iaitu Disha Salian turut ditemui dalam keadaan sama beberapa hari lalu.

Upload Foto Lukisan Rupanya Hint Kematian, Priyanka Chopra Kenang Nasib Rakan

Mimpi yang tiada berkesudahan & kehidupan hanya sementara

Dalam posting terakhir di laman Instagramnya, Sushant sempat mendedikasikan ucapan khas berserta foto hitam putih dirinya bersama ibu tercinta. Sementara di Twitter pula, pelakon ini turut menggunakan lukisan ‘Starry Night‘ sebagai foto header di profil akaunnya yang seakan-akan memberi ‘bayangan’ terhadap tragedi yang bakal berlaku itu.


Upload Foto Lukisan Rupanya Hint Kematian, Priyanka Chopra Kenang Nasib Rakan Upload Foto Lukisan Rupanya Hint Kematian, Priyanka Chopra Kenang Nasib Rakan Upload Foto Lukisan Rupanya Hint Kematian, Priyanka Chopra Kenang Nasib Rakan

Saya tak akan lupa perbualan terakhir kita..

Sementara itu, aktres ternama Priyanka Chopra juga mengakui  sebak atas kematian mengejut sahabatnya yang amat mengejutkan itu. Menerusi posting di entri Instagram, Priyanka turut menzahirkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga pelakon berusia 34 tahun terbabit.

Saya sangat terkejut & kamu pasti menderita. Saya harap kamu tenang walau di mana sahaja kamu berada. Kamu pergi terlalu cepat. Saya tak akan melupakan perbualan kita mengenai astrofizik. Takziah buat keluarga dan ramai bersedih atas kehilangan besar ini..


Sumber : Harian Metro, Twitter IBCIB, Instagram sushantsinghrajput, priyankachopra

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!