Artis Cinta Family

Uqasha Sedih Dah Siap Nak Dinner Romantik, Kamal Selamba Tukar Plan Main Futsal

Uqasha Sedih Dah Siap Nak Dinner Romantik, Kamal Selamba Tukar Plan Main Futsal

Bagai pinang dibelah dua, itulah perumpamaan yang sesuai digambarkan kepada pasangan selebriti Kamal Adli dan Uqasha Senrose. Saban hari, ada sahaja telatah lucu serta moment sweet yang dimuat naik sehingga mencuri perhatian ramai. Terbaharu, couple itu telah menyertai sebuah rancangan ‘The House‘ yang memaparkan kisah hidup serta bagaimana perancangan mereka untuk berbulan madu.


BACA: [VIDEO] Baru Episod 2, Ramai Dah Cair Tengok Babak Bertekak Uqasha Kamal

Dah rancang nak makan malam romantik, Kamal pula senyap-senyap plan nak main futsal

Menerusi satu klip yang dikongsikan oleh kamalxuqashafanclub di TikTok, episod berkenaan memaparkan pasangan tersebut yang baharu tiba di sebuah villa untuk berehat. Ketika itu, Uqasha kelihatan cukup gembira kerana mereka berdua akan meluangkan masa dalam satu makan malam romantik. Ketika dia sedang gigih bersiap, secara tiba-tiba suaminya dengan selamba menukar plan secara last minit untuk bermain futsal terlebih dahulu sebelum menjamu selera.

Uqasha Sedih Dah Siap Nak Dinner Romantik, Kamal Selamba Tukar Plan Main Futsal

Yang buat Qasha geram sebab dia janji nak pergi dinner romantik tapi tak jadi

Walaupun sudah bersiap cantik, pelakon itu hanya mampu berdiam diri dan terpaksa menemani suaminya bermain futsal. Namun, apa yang membuatkan dia sedih apabila restoran tersebut gagal untuk dihubungi sehingga mencetuskan reaksi bengangnya. Sepanjang perjalanan pulang, aktor berkenaan langsung tidak berinteraksi dengan Kamal dan mengunci diri dalam bilik gara-gara terlalu kecewa.


@kamalxuqashafanclub

Main futsal masa tgh honeymoon,berapi lah lagi Uqasha. Next episode apajadi🥹 Rabu, 9.30 mlm di Ria #uqashasenrose #kamaladi #fyp #uqamal #fypシ

♬ bunyi asal – KamalXUqasha – KamalXUqasha

Tak kisah pun pasangan buat apa, tapi tolonglah jujur…kalau saya kat tempat Uqasha pun berangin

Meninjau pula reaksi daripada netizen, rata-ratanya turut berasa simpati dengan keadaan yang dilalui oleh pelakon wanita itu. Malah, mereka juga menasihati Kamal agar berlaku jujur dan tidak memberikan harapan yang tinggi kepada seorang wanita.


Uqasha Sedih Dah Siap Nak Dinner Romantik, Kamal Selamba Tukar Plan Main Futsal

Uqasha Sedih Dah Siap Nak Dinner Romantik, Kamal Selamba Tukar Plan Main Futsal

Uqasha Sedih Dah Siap Nak Dinner Romantik, Kamal Selamba Tukar Plan Main Futsal

Kredit: TikTok kamalxuqashafanclub, Instagram Kamal Adli

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Uqasha Sedih Dah Siap Nak Dinner Romantik, Kamal Selamba Tukar Plan Main Futsal

Facebook

Telegram