Tidak semua suami isteri dapat memperolehi nikmat untuk menimang anak di dunia ini. Apabila sudah selamat dilahirkan, sudah pasti mereka akan menjaga anak itu bagai menatang minyak yang penuh. Jadi di dalam tempoh membesar, mak ayah akan cuba memperhatikan sebaik mungkin perkembangan dan perubahan anak tersebut.
BACA: “Jangan Rasa Sedih Padanya”- Fynn Jamal Ada Cara Sendiri Jaga Anak Autisme

Perhatikan kelakuan anak-anak…jika tak normal bertindak segera
Namun, ibu bapa juga perlu memerhatikan perubahan anak mereka dari segi cara bergaul dan berkomunikasi bersama orang lain termasuk keadaan emosi juga. Sehubungan itu, seorang Doktor Pediatrik Redza Zainol menerusi perkongsiannya di Facebook terpanggil menasihati ibu bapa dalam mengesan kelakuan anak mereka kerana khuatir terdapat tanda-tanda austisme. Jika kelakuannya agak ‘lain macam’ dan tampak berbeza daripada kanak-kanak yang lain, tindakan segera haruslah dimulakan sebagai langkah berjaga-jaga.

Percaya akan gerak hati, jika terdapat tanda austisme pada kanak-kanak
Menurutnya lagi, ibu bapa juga perlu percaya pada gerak hati jika ternampak tanda-tanda autisme pada anak mereka. Selalunya, orang sekeliling akan cuba menenangkan dan menganggap tanda-tanda itu tidak serius. Jadi melalui perkongsian pakar perubatan ini, ibu bapa perlu mengambil serius sekiranya anak-anak sudah mula mempunyai tanda-tanda seperti berikut.

Sumber: FB Redza Zainol
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura