Family Hiburan Keibubapaan

Jangan Manjakan Anak Skip Subuh, Rita Rudaini Pentingkan Ajar Agama Sejak Kecil

Jangan Manjakan Anak Skip Subuh, Rita Rudaini Pentingkan Ajar Agama Sejak Kecil

Sharing is caring!

Sebagai ibu bapa, didikan agama terhadap anak kecil adalah sangat penting supaya dapat menerapkan nilai Islam dalam kehidupan. Melentur buluh, biarlah dari rebungnya, begitulah yang boleh digambarkan usaha Rita Rudaini terhadap kedua-dua permata hatinya.

BACA: Cantik Tapi Pengotor, Gadis Berang Housemate ‘Neraka’ Gagal Jaga Kebersihan


Lebih kasihankan mereka kalau tak bangun solat

Sambil memuat naik foto Airit Rafqa Arjuna mengaji pagi tadi, pelakon drama ‘Iris‘ ini mengakui sangat tegas terutama sekali solat Subuh. Meskipun agak sukar untuk bangun pada awal pagi, Rita lebih kasihankan mereka jika tidak melakukan ibadat wajib tersebut serta membaca Al-Quran.

Jangan Manjakan Anak Skip Subuh, Rita Rudaini Pentingkan Ajar Agama Sejak Kecil

Jangan Manjakan Anak Skip Subuh, Rita Rudaini Pentingkan Ajar Agama Sejak Kecil

Hanya kerana mereka masih kecil, tak bermaksud agama boleh dipandang sebelah mata

Tak dinafikan ada sesetengah ibu bapa masa kini yang tidak menitik beratkan soal agama jika anak masih kecil lagi. Namun pemikiran sebegitulah yang membimbangkan ibu tunggal ini kerana anak-anak boleh menjadi lebih ‘liat’ apabila meningkat remaja. Tak cukup dengan itu, ujarnya didikan agama terhadap zuriat juga mustahak sebagai bekalan ibu bapa di akhirat kelak.


Jangan Manjakan Anak Skip Subuh, Rita Rudaini Pentingkan Ajar Agama Sejak Kecil

Jangan Manjakan Anak Skip Subuh, Rita Rudaini Pentingkan Ajar Agama Sejak Kecil

Didik mereka sayangi Al-Quran dan sejadah

Aktres berusia 44 tahun berkenaan turut mengingatkan ibu bapa supaya tegas serta tidak terlalu memanjakan anak dengan perkara duniawi. Mungkin selepas selesaikan urusan tanggungjawab kepada Allah, barulah parents izinkan mereka bermain atau buat aktiviti lain pula.

Jangan Manjakan Anak Skip Subuh, Rita Rudaini Pentingkan Ajar Agama Sejak Kecil

Jangan Manjakan Anak Skip Subuh, Rita Rudaini Pentingkan Ajar Agama Sejak Kecil

Sumber: IG Rita Rudaini


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini