Keibubapaan Kesihatan

Usah Suapkan Kanji Pada Bayi, Pakar Bimbang Hidap Masalah Kwashiorkor Pula

Usah Suapkan Kanji Pada Bayi, Pakar Bimbang Hidap Masalah Kwashiorkor Pula

Sharing is caring!

Bagi bayi berusia 6 bulan dan ke bawah, adalah penting bagi mereka untuk diberikan susu ibu untuk membesar dengan sihat. Walau bagaimanapun, segelintir daripada kita ada yang percaya bahawa pemberian air kanji pada usia kecil lebih bermanfaat dan boleh buatkan anak-anak cepat kenyang.

BACA: Memang Selesa Untuk Baring, Tapi Tidur Dengan Bantal Berisiko Ragut Nyawa Bayi


Hanya karbohidrat, tiada protein untuk baby

Menerusi Facebook, Dr. Imelda Balchin menjelaskan bahawa hidangan tersebut sebenarnya tidak sesuai diberikan kepada bayi. Hal ini kerana, air kanji hanya mengandungi karbohidrat semata-mata walhal sebenarnya pengambilan protin lebih diutamakan dalam aspek tumbesaran seseorang.

Usah Suapkan Kanji Pada Bayi, Pakar Bimbang Hidap Masalah Kwashiorkor Pula

Usah Suapkan Kanji Pada Bayi, Pakar Bimbang Hidap Masalah Kwashiorkor Pula
Gambar Sekadar Hiasan

Boleh menyebabkan kwashiorkor dan perut anak jadi kembung

Tanpa protin yang cukup, hati si kecil berisiko untuk tidak berfungsi dengan baik dan kadar penghasilan sejenis protin (albumin) oleh organ tersebut turut berkurangan. Secara tidak langsung, situasi ini boleh menyebabkan kwashiorkor di mana perut menjadi kembung, bahagian otak boleh terjejas dan tumbesaran juga terbantut.


Usah Suapkan Kanji Pada Bayi, Pakar Bimbang Hidap Masalah Kwashiorkor Pula

Usah Suapkan Kanji Pada Bayi, Pakar Bimbang Hidap Masalah Kwashiorkor Pula
Gambar Sekadar Hiasan

 

Tiada yang lebih baik daripada susu ibu

Menurut pakar perubatan ini, masalah kesihatan tersebut sering berlaku di Afrika dan beberapa negara Asia yang memilih untuk menyuap air kanji agar bayi mereka cepat kenyang. Pakar ini turut mengingatkan orang ramai agar tidak menakutkan para ibu, sebaliknya beri galakkan yang positif untuk terus menyusu bayi mereka.

Usah Suapkan Kanji Pada Bayi, Pakar Bimbang Hidap Masalah Kwashiorkor Pula

Usah Suapkan Kanji Pada Bayi, Pakar Bimbang Hidap Masalah Kwashiorkor Pula

Sumber: FB Imelda Balchin


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!