Seseorang itu haruslah meletakkan usaha tinggi dan tidak berputus asa demi mencapai kejayaan yang diimpikan kerana bukan semudah yang disangka untuk mengecapinya. Meskipun terpaksa menghadapi pelbagai rintangan seperti masalah kewangan, kejayaan akan terasa lebih manis selagi kita terus berusaha seperti yang dilakukan oleh jurutera ini.
BACA: Body Jadi Slim Sepantas 3 Minggu, Gadis Capai Berat Ideal Dengan Diet Atkins
Umur 12 tahun dah fikir macam mana nak dapat biasiswa
Menerusi Twitter, Faiz Fablillah mendedahkan bahawa dia sering menjauhi persekitaran yang tidak sihat sejak 20 tahun lepas demi membina kejayaan diri sendiri. Kisah lelaki ini bermula sewaktu berusia 12 tahun di mana Faiz sudah berfikir tentang cara untuk mendapatkan biasiswa sehinggakan bapanya tidak perlu lagi merisaukan tentang pembiayaan sekolah.

Terpaksa ambil 2-3 untuk sambung belajar
Dalam setiap peperiksaan utama, lelaki ini pasti akan berusaha untuk mendapatkan keputusan yang terbaik sehinggalah dia berjaya melanjutkan pelajarannya di luar negara. Meskipun begitu, Faiz tidak hanya goyang kaki sebaliknya terus fokus untuk terus membuat improvement dalam pelbagai perkara termasuklah membuat 2-3 kerja demi menyambung pengajian Masters di UK pula.
Selama 20 tahun tak layan mana-mana media sosial
Di akhir entri berkenaan, Faiz juga mendedahkan bahawa selama 20 tahun itu dia tidak aktif melayan mana-mana media sosial sehinggalah berjaya menjadi seorang jurutera. Tujuan untuk berkongsi ini adalah kerana dia mahu melihat anak-anak muda untuk berjaya sepertinya.
Sumber: Twitter Faiz Fablillah
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura