Usia Kahwin Masuk 8 Bulan, Tapi Mentua Minta Berpisah Kalau Tak Hamil Lagi..

Semua orang pasti berharap agar dikurniakan keluarga mentua yang bersikap baik, penyayang, dan boleh menerima diri seadanya selepas berkahwin kan? Namun begitu, jika sudah nasib untuk dapat mentua yang agak mencabar, perkara ini mungkin boleh mempengaruhi hubungan dengan partner masing-masing. Maklumlah kita bukan sahaja kahwin dengan orang itu, tapi termasuklah semua masalah serta ahli keluarganya sekali.

BACA: “Siapa Kata Tak Boleh Makan Durian Masa Hamil & Lepas Bersalin?” – Dr Imelda

Kahwin 8 bulan…tapi mentua minta kami berpisah kalau bulan ni tak lekat juga

Baru-baru ini, luahan yang dibuat oleh individu tidak dikenali menerusi sebuah halaman Facebook telah menjadi tumpuan ramai. Dia mahu cari jalan yang efektif untuk mengandung serta memberikan zuriat kepada ibu mentuanya dalam tempoh terdekat ini. Hal ini kerana pihak keluarga suaminya mahu mereka berpisah jika perkara tersebut tidak dapat dilaksanakan.

Gambar sekadar hiasan

Ini struggle saya setiap hari…mengubah minda wanita yang sentiasa diugut

Status berkenaan turut diulas oleh seorang peguam syariah iaitu Puan Fadhlina Dato’ Sidek. Jelas beliau, dia begitu terkilan dengan situasi yang dialami oleh individu terbabit kerana dia tidak sepatutnya ‘diugut’ oleh mana-mana pihak sekalipun mengenai rezeki cahaya mata.

Aduh wujud lagi orang macam ni? Check suami tu jugak..

Malah gara-gara mengamalkan pemikiran sempit sebegini lah menyebabkan ramai wanita di luar sana gagal membuat pilihan untuk hidup mereka sendiri. Rata-rata pengikutnya turut memberikan maklum balas yang lebih kurang sama terhadap keadaan berikut. Selain turut berkongsi pengalaman rumah tangga masing-masing, ada juga yang berharap agar kesihatan suami  individu terbabit turut diperiksa sekali.

Gambar sekadar hiasan

Gambar sekadar hiasan

Sumber: FB Fadhlina Sidek Sidek

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?