Beberapa hari lalu, kita telah dikejutkan dengan berita seorang ustaz selebriti yang sanggup menceraikan isterinya demi berkahwin dengan wanita berstatus janda. K0ntroversi tersebut pastinya membuat netizen berpanas hati memandangkan ia adalah tindakan yang boleh disifatkan sebagai menganiaya isterinya. Rentetan daripada itu, ramai pihak yang tampil meluahkan pendapat masing-masing tentang perkara ini termasuklah aktres, Wardina Safiyyah.
Baca : Ini Yang Kita Nak! -Lantang Kritik Isu Cerai Isteri Hamil, PU Rahmat Dipuji
Kata aktres tersebut, dia juga seakan terkedu dan tidak percaya bahawa akan ada suami tergamak menceraikan isteri yang sedang sarat mengandung zuriat pertama.
Lagi merana hadap lelaki yang angau dengan wanita lain
Wardinah juga sempat menegaskan bahawa golongan suami tidak seharusnya berhubung dengan wanita lain meskipun hanya sekadar bertanya khabar kerana ia boleh menjadi titik mula bagi keretakan rumah tangga.
Tak berbaloi berantakan rumah tangga demi kejar nafsu
Buat Encik Abu, semoga Allah buka hati dan mata
Kepada semua lelaki, tolonglah balik rumah dan sayangi isteri kalian!
Sorry komen banyak pasal rumah tangga orang
Ustaz dan orang beragama yang gatal memang menjijikkan! Saya memang tak suka dengan gurauan mereka lagi-lagi tentang petunjuk nak kahwin lain kat media sosial atau ceramah. Tak class la ustaz kalau tak ambil peduli pasal perasaan isteri atau wanita. Cubalah ajar orang lelaki tu untuk sekurang-kurangnya menghargai dan ada rasa hormat pada wanita. Mereka ingat mereka boleh lari dari benda ni hanya kerana kononnya mereka alim, kerana mereka lelaki. Boleh guna mana-mana hadis untuk ‘menghalalkan’ perangai gatal. Jadilah lelaki! Hormat dan utamakan isteri terlebih dulu!
Bukan PU, Da’i atau ustazah, hanya seorang isteri dan ibu
Sumber : Instagram Wardinah Safiyyah Official
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
