Hiburan Viral

Ustaz Selebriti Buat Hal Lagi, Isteri Dakwa Suami Main Kayu Tiga Di Belakangnya

Ustaz Selebriti Buat Hal Lagi, Isteri Dakwa Suami Main Kayu Tiga Di Belakangnya

Sharing is caring!

Belum reda lagi dengan bermacam kontroversi yang melanda rumah tangga Da’i Farhan sejak bulan lalu, kini timbul pula pendedahan terbaru melibatkan seorang pendakwah selebriti. Pendedahan eksklusif tersebut dibuat oleh isterinya sendiri yang mendakwa dia bermain kayu tiga di belakang pengetahuannya. Difahamkan, individu itu merupakan seorang bekas peserta sebuah program realiti popular yang mencungkil bakat pendakwah muda suatu ketika dahulu.

BACA: Saman Ditarik, Rakan Baik Bekas Isteri Tuntut Ustaz Farhan Buat Permohonan Maaf

Tertekan kerana perangai suami ‘kasanova’

Menerusi portal mStar, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai ‘A’ telah membuat pengakuan dirinya sering mengalami tekanan emosi dek kerana perangai suami sudah beberapa kali tertangkap berhubungan dengan skandal wanita lain. Sepanjang 4 tahun perkahwinan mereka, A sudah tidak sanggup lagi menanggung penderitaan dalam hubungan seperti ini.


Ustaz Selebriti Buat Hal Lagi, Isteri Dakwa Suami Main Kayu Tiga Di Belakangnya
Kredit foto: mStar
Ustaz Selebriti Buat Hal Lagi, Isteri Dakwa Suami Main Kayu Tiga Di Belakangnya
Kredit foto: mStar

Sering buat panggilan tak senonoh bersama wanita lain

Tujuannya untuk mendedahkan perkara tersebut bukanlah untuk membuka aib tapi untuk memberi kesedaran kepada orang lain, terutamanya para isteri agar tidak mudah terpedaya. Bukan sahaja sering bertukar gambar berahi bersama bekas teman wanita, malah lelaki berkenaan turut pernah melakukan panggilan video yang tidak senonoh bersama wanita lain. Walaupun pernah beberapa kali ‘kantoi’, namun pendakwah itu masih lagi mengulangi perbuatannya. 

Ustaz Selebriti Buat Hal Lagi, Isteri Dakwa Suami Main Kayu Tiga Di Belakangnya

Bakal tuntut fasakh tak lama lagi

Beberapa orang gadis yang menerima kiriman mesej daripada lelaki itu turut pernah melaporkannya kepada si isteri berkenaan perbuatan tidak bermoral tersebut. Kecewa dengan sikap suami yang tidak menunjukkan perubahan, dia mengakui akan menuntut fasakh tidak lama lagi.


Ustaz Selebriti Buat Hal Lagi, Isteri Dakwa Suami Main Kayu Tiga Di Belakangnya
Kredit foto: mStar

Sumber: Facebook mStar

 


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!