Family Viral

Utamakan Orang Lain Terjejas Banjir, Bomba Terkilan Tak Sempat Tolong Anak Bini

Utamakan Orang Lain Terjejas Banjir, Bomba Terkilan Tak Sempat Tolong Anak Bini

Sejak beberapa negeri dilanda banjir baru-baru ini, ramai menyalahkan anggota keselamatan seperti bomba dan ATM kononnya mereka bertindak lambat memberi bantuan. Lebih teruk lagi, isu itu turut mendapat perhatian daripada pihak pasukan berkenaan.


BACA: Dugaan Uyaina, Banjir Saat Buat Doorgift & Gudang Barang Kahwin Juga Tenggelam

Saya rasa terkilan sikit dengan netizen… Saya sendiri pun tak sempat selamatkan keluarga

Terbaru semalam menerusi ‘Buletin Utama TV3’, seorang anggota bomba yang bernama Abdullah Mohd Yusof terpanggil meluahkan perasaannya. Jelasnya, dia merasa cukup terkilan dengan komen-komen netizen sepanjang musibah berlaku hingga ke hari ini. Sedangkan, lelaki itu sendiri tidak berpeluang membantu keluarganya yang turut terkandas dalam banjir.

@ez2241

🥺 bomba juga manusia biasa23/12/21 8pm tv3 #bentongbanjir #mangsabanjir #bombamalaysia #fyp

♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Kesian baru dapat jumpa anak bini selepas pergi menyelamat di Janda Baik

Ketika kejadian, anak-anak dan juga isterinya hanya dibantu oleh jiran sekeliling. Manakala dia pula perlu bertugas menyelamatkan orang lain di Janda Baik. Habis segala harta termasuklah kereta dan juga peralatan dalam rumah tidak sempat dialihkan dan ditenggelami air. Setelah selesai segalanya barulah Abdullah boleh menjenguk keluarganya di pusat penempatan sementara.


@ez2241

My Hero is back🥺 Kesian baru dapat jumpa anak bini selepas pergi menyelamat di Janda Baik #prayforpahang #bentongbanjir #mangsabanjir

♬ Ya Allah – Wali

@ez2241

Allahuakbar😭 berat ujianMu kepadaku Ya Allah🤲🏻 #mangsabanjir #bentongbanjir #prayforpahang #fyp

♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

@ez2241

😭😭 kasut kerja je putih..semoga aku dan keluarga kuat dan sabar😭😭 #prayforpahang #bentongbanjir #mangsabanjir #fyp

♬ Allah Allah Aghisna – Veve Zulfikar

Ada yang tak tahu mana anak & keluarga dipindahkan…Selfishness tak ada, letak ketepi & kita bantu orang lain

Dalam satu sidang media, pihak atasan Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan ratusan anggotanya kehilangan rumah disebabkan bencana tersebut. Sebenarnya sedari awal lagi mereka sudah turun padang tapi tidak viral kerana memikirkan etika kerja serta tanggungjawab.


@zanazain29

Bomba yg selalu menjadi wira di hati rakyat. TERIMA KASIH ABAM BOMBA 💪💪💪#banjirsrimuda #bernamatv #fypage #fyp #bomba #jbpm

♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Kredit: TikTok zanazain29 & ez2241

Utamakan Orang Lain Terjejas Banjir, Bomba Terkilan Tak Sempat Tolong Anak Bini

Facebook

Telegram