Cinta Viral

Uyaina Arshad & Raja Syahiran Rahsiakan Nilai Hantaran Atas Permintaan Keluarga

Uyaina Arshad & Raja Syahiran Rahsiakan Nilai Hantaran Atas Permintaan Keluarga

Selepas 2 tahun mengenal hati budi masing-masing, selebriti Uyaina Arshad dan Raja Syahiran telah pun selamat diijab qabul 9 pagi tadi. Majlis pernikahan kecil-kecilan yang berlangsung di Colony Star Boulevard, KLCC ini dihadiri oleh 100 orang tetamu yang melibatkan keluarga dan kenalan rapat sahaja.


BACA: [FOTO] Set Pancing Berbalas Kucing, Hantaran Tunang Paling Rare Jadi Tumpuan

Alhamdulillah majlis nikah berjalan lancar…Dah rancang beberapa bulan lepas tapi banyak pertukaran plan majlis

Memetik laporan mStar, majlis pernikahan mereka sudah pun dirancang beberapa bulan lepas. Pun begitu, pelbagai ujian dihadapi oleh pasangan mempelai ini termasuklah pertukaran perancangan majlis, SOP dan bencana banjir yang berlaku baru-baru ini. Walau bagaimanapun, mereka amat bersyukur kerana sesi ijab qabulnya telah berjalan dengan lancar.


Uyaina Arshad & Raja Syahiran Rahsiakan Nilai Hantaran Atas Permintaan Keluarga

Cincin dan gelang emas sebagai mas kahwin…Jumlah wang hantaran tak disebut atas persetujuan keluarga

Dalam majlis tersebut, Raja Syahiran telah menyerahkan sebentuk cincin dan seutas rantai tangan emas kepada pengacara wanita berkenaan sebagai mas kahwin. Dalam pada itu, tiada pertukaran dulang hantaran oleh kedua-dua pengantin dan jumlah wang hantaran turut dirahsiakan atas persetujuan pihak keluarga.


Uyaina Arshad & Raja Syahiran Rahsiakan Nilai Hantaran Atas Permintaan Keluarga

Kami bercadang nak lawat keluarga dan saudara yang tak dapat datang ke majlis…Nak kenalkan satu sama lain

Memilih Eropah sebagai lokasi berbulan madu, pasangan pengantin baru ini membuat keputusan untuk melawat keluarga dan saudara-mara yang tidak dapat hadir ke majlis pernikahannya terlebih dahulu. Hal ini kerana, mereka masih bimbang akan penularan wabak Covid-19 yang belum berpenghujung ini.

Uyaina Arshad & Raja Syahiran Rahsiakan Nilai Hantaran Atas Permintaan Keluarga

Uyaina Arshad & Raja Syahiran Rahsiakan Nilai Hantaran Atas Permintaan Keluarga

Kredit: Portal mStar & Instagram seramdb

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Uyaina Arshad & Raja Syahiran Rahsiakan Nilai Hantaran Atas Permintaan Keluarga

Facebook

Telegram