[VIDEO] 13 Tahun Sabar Tunggu Zuriat, Sekarang Allah Hadiahkan Kembar 3 Terus!

Setiap wanita yang sudah berumah tangga pasti menginginkan cahaya mata sebagai penyeri hidup. Walau bagaimanapun, tidak semua wanita diberikan peluang untuk menjadi seorang ibu atas sebab-sebab kesihatan atau mungkin belum sampai masanya. Ada yang baru berkahwin sebulan namun sudah disahkan mengandung. Ada juga yang sudah berpuluh tahun berusaha tapi masih terus diuji sehingga kini. Pokok pangkalnya, setiap orang mempunyai perjalanan yang berbeza.

BACA:Betul Ke Perut Ke Bawah Tu Baby Boy?Doktor Bongkar Mitos Wanita Mengandung

Doktor buat kejutan

Sebelum ini, pernah viral di laman sosial di mana seorang doktor pakar membuat kejutan kepada seorang wanita yang akhirnya disahkan mengandung setelah lama menanti. Doktor tersebut yang dikenali sebagai Dr. Thokha Muhammad (pakar dalam bidang obstetrician dan gynaecologist) memang sering berkongsi video-video ibu mengandung di bawah pantauan beliau. Wanita ini mula mendapatkan rawatan kira-kira sebulan yang lalu dan telah disahkan mengandung setelah 13 tahun mencuba dan menanti. 

Allah kurniakan 3 cahaya mata sekaligus

Sebelum ini, dia tidak pernah membuat pemeriksaan kehamilan selama 3 tahun kerana bimbang berasa kecewa dengan keputusannya. Namun dengan berita gembira ini, pastinya ia mengundang tangisan di hadapan doktor yang membantunya. Dalam posting terbaru, Dr Thokha berkongsi detik wanita itu disahkan mengandung kembar tiga. Hasil pemeriksaan kesihatan yang dilakukan berjaya menunjukkan ketiga-tiga bayinya dalam keadaan baik.

Alhamdulillah, penantian yang manis

Menerusi perkongsian tersebut, ramai yang kagum dan turut teruja di samping mendoakan yang terbaik buat wanita tersebut. Ada juga yang berdoa semoga mereka juga dapat merasai pengalaman yang sama. 

 

Izinkan hambamu merasai saat ini

Tahniah! Syukur Alhamdulillah

 

Sumber : Instagram Dr Thokha

Apa Komen Anda?