Viral

[VIDEO] 1st Time Datang Rumah Awek, Cuak Rupanya Bakal Mentua Jengah Dari CCTV

[VIDEO] 1st Time Datang Rumah Awek, Cuak  Rupanya Bakal Mentua Jengah Dari CCTV

Sharing is caring!

Sesebuah hubungan itu boleh dikatakan sebagai serius apabila teman lelaki sudah mula berani untuk datang ke rumah buah hatinya. Ini menandakan bahawa dia benar-benar ikhlas sudah bersedia untuk dikenali oleh penjaga atau ibu ayah kepada teman wanitanya sendiri. Tidak dinafikan, detik pertama kali itu sudah tentu penuh dengan debaran kerana resah tentang penerimaan keluarga bakal mentua.


BACA : Gadis Tak Mampu Buat Majlis Mewah Ikut Tradisi, Bakal Mentua Terus Batal Kahwin

Pertama kali datang rumah awek, nervous duduk terkaku di atas kerusi

Sudah tentu, mana-mana lelaki akan merasai perasaan gementar yang seakan sama saat berdepan detik itu. Sama seperti kisah seorang pemuda ini, dia dilihat begitu cuak saat sedang bertandang ke rumah buah hatinya buat pertama kali. Hanya mampu terduduk kaku di atas kerusi secara behave, dia hanya menggerak jari-jemari dan sesekali sempat juga mencuri pandang gadis di hadapannya.


@kissteaaaaaa

#love #lovely #friend #fyp #foryou #iloveyou #ineedyou #foryoupage

♬ original sound – IkyJay_17 – IkyJay_17

Kalau dah tak tahan lambai je la tangan ke CCTV

Di sebalik wajah penuh kepolosan itu, siapa menyangka rupanya dia sedang diperhatikan bakal mentuanya sendiri menerusi CCTV di sudut dinding rumah. Sudah meraih lebih 1 juta tontonan sejak dimuat naik ke aplikasi TikTok, netizen juga sama-sama terhibur dan mengakui turut gementar dengan situasi berkenaan. Tidak ketinggalan mereka sempat berseloroh meminta pemuda itu melambaikan tangan ke arah kamera litar tertutup di sana.


[VIDEO] 1st Time Datang Rumah Awek, Cuak  Rupanya Bakal Mentua Jengah Dari CCTV

[VIDEO] 1st Time Datang Rumah Awek, Cuak  Rupanya Bakal Mentua Jengah Dari CCTV

[VIDEO] 1st Time Datang Rumah Awek, Cuak  Rupanya Bakal Mentua Jengah Dari CCTV

Sumber : TikTok kissteaaaaaa

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini