Viral

[VIDEO] Ikhlas Tanggung Pakwe Penganggur, Gadis Nangis Ditinggal Lepas 2 Tahun

[VIDEO] Ikhlas Tanggung Pakwe Penganggur, Gadis Nangis Ditinggal Lepas 2 Tahun

Sharing is caring!

Dalam menjalinkan hubungan percintaan yang matang, seseorang itu biasanya tidak kisah untuk susah dan senang bersama-sama. Bagi golongan wanita khususnya, mereka cenderung mencari teman hidup yang sudah stabil dari segi ekonomi diri. Akan tetapi, masih ada yang benar-benar setia sehingga sanggup memberikan sokongan dalam bentuk wang ringgit untuk lelaki kesayangan mereka. Namun bagi seorang gadis ini, semua kebaikan yang diberikan akhirnya bertukar menjadi sia-sia.


BACA : [VIDEO] Isteri Terkilan Jumpa Mesej Suami Kawan Sekolah Lama, Penat Jadi Taat

Aku yang ajar dia solat…Kalau keluar semua kos tanggung guna duit aku

Melalui video TikTok yang dimuat naik oleh akaun @deluncantik, gadis berhijab berkenaan sedang menangis teresak-esak selepas hubungan ditamatkan oleh teman lelakinya sendiri. Mengimbas kembali semua bantuan selama 2 tahun yang sudah diberikan kepada lelaki bergelar penganggur itu, wajar sahaja dia gagal menahan sebak. Bukan sahaja sudah berusaha mengajak pemuda tersebut berubah menjadi seorang insan lebih baik, malahan dia tidak kisah mengeluarkan wang tanggungan setiap kali mereka keluar bersama-sama.


@deluncantik

diputusin karna yang lebih cantik #HomeMakeOver #samasamadaritiktok #SetinggiBintang #homemakeover #fyp #fypシ #selingkuh

♬ original sound – 𝒶𝒹𝑒 𝒽𝒾𝓀𝓂𝒶 – adehikmass

Aku pernah ditinggalkan untuk yang lebih cantik…Ada yang lebih baik menanti

Namun apabila sudah mendapat pekerjaan yang dinantikan selama ini, siapa menduga rasa cinta lelaki terbabit beralih kepada seorang wanita lain di tempatnya mencari rezeki. Sukar dipercayai, namun hakikat pahit berkenaan terpaksa ditelan oleh gadis itu meskipun merasakan semua jasa ibarat dilupakan begitu sahaja. Menjengah ke ruangan komen, netizen memberikan kata-kata semangat dan berharap dia menjumpai jodoh lebih baik.

[VIDEO] Ikhlas Tanggung Pakwe Penganggur, Gadis Nangis Ditinggal Lepas 2 Tahun

[VIDEO] Ikhlas Tanggung Pakwe Penganggur, Gadis Nangis Ditinggal Lepas 2 Tahun

[VIDEO] Ikhlas Tanggung Pakwe Penganggur, Gadis Nangis Ditinggal Lepas 2 Tahun

Sumber : TikTok deluncantik


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini