Viral

[VIDEO] 3 Kembar Melalak Serentak, Ayah Terus Kelam-Kabut Nak Siapkan Susu

[VIDEO] 3 Kembar Melalak Serentak, Ayah Terus Kelam-Kabut Nak Siapkan Susu

Sharing is caring!

Menjaga anak bukanlah tanggungjawab ibu semata-mata, malah ayah juga perlu memainkan peranan tersebut. Namun pernahkah anda lihat pengorbanan seorang bapa yang terpaksa melayan gelagat anak ramai sekali gus? Kalau nak tahu macam mana riuhnya, jom saksikan rakaman video yang sedang hangat tular di TikTok sejak akhir-akhir ini.


BACA: Baring Sebelah-Sebelah, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Dedah Jantina Anak Kembar

Melalak tunggu ayah kelam-kabut bancuh susu…tak sabar nak minum

Tiga orang bayi kembar seiras dilihat melalak sambil memandang ke arah bapanya yang sedang ligat membancuh susu formula. Jika diperhatikan betul-betul, lelaki berkenaan terpaksa menyiapkan botol susu kesemua cahaya matanya dalam keadaan kelam-kabut. Seolah-olah sudah tidak dapat menahan sabar, mereka kemudiannya terus mencapai botol susu masing-masing sebaik siap disediakan.


Lawak je lepas minum, terus berjoget…Tak tahu la macam mana lelaki tu hadap perangai anak kembar

Apa yang lebih menarik, kanak-kanak tersebut dilihat girang menari sebaik dapat minum susu yang siap dibancuh. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur apabila melihat gelagat tiga kembar berkenaan serta bapa mereka. Selain itu, mereka juga tidak dapat membayangkan ‘tekanan’ yang terpaksa dihadapi oleh bapa tersebut apabila anaknya menangis serentak. Secara keseluruhan, paparan video berkenaan telah berjaya meraih lebih 6 juta jumlah tontonan setakat ini.


[VIDEO] 3 Kembar Melalak Serentak, Ayah Terus Kelam-Kabut Nak Siapkan Susu

[VIDEO] 3 Kembar Melalak Serentak, Ayah Terus Kelam-Kabut Nak Siapkan Susu

[VIDEO] 3 Kembar Melalak Serentak, Ayah Terus Kelam-Kabut Nak Siapkan Susu

Sumber: TikTok Bà Lý Vlogs

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini