Inspirasi Viral

[VIDEO] 4 Hari Tak Makan, Reaksi Lelaki Istimewa Daif Ini Undang Sebak Ramai

[VIDEO] 4 Hari Tak Makan, Reaksi Lelaki Istimewa Daif Ini Undang Sebak Ramai

Sharing is caring!

Apabila berbicara soal rezeki, tidak semua manusia di dunia dikurniakan dengan jumlah atau kesenangan yang sama. Ada yang diuji dengan kemiskinan, malah tak kurang juga diuji dengan harta atau kelebihan masing-masing. Namun begitu, sudah menjadi lumrah bagi mereka yang lebih berkemampuan untuk menghulurkan bantuan kepada insan susah seperti dalam video tular di laman Twitter baru-baru ini.

BACA: Dah Jadi Bapa Pun Masih Tak Boleh Makan Nasi –  “Mujur Isteri Sabar Melayan”

Lapar 4 hari tak makan..

Menerusi paparan yang dimuat naik oleh pengendali akaun Twitter bernama @MOFASAD, gelagat seorang lelaki istimewa sedang menjamu selera ini telah mencuri tumpuan ramai sejak 1 Disember lalu. Ujar insan yang dikenali sebagai Fadil berkenaan, ini adalah juadah pertamanya sejak 4 hari lalu.

[VIDEO] 4 Hari Tak Makan, Reaksi Lelaki Istimewa Daif Ini Undang Sebak Ramai


“Cukup, tapi nak tambah lagi..”

Menariknya, riak wajah Fadil tampak sangat ceria tatkala menjawab beberapa soalan yang diajukan oleh beberapa staf pejabat di sekelilingnya. Malah apabila disoal sama ada jumlah makanan itu cukup atau tidak, dia turut berseloroh mahu tambah lagi demi menghilangkan rasa lapar yang sudah ditahan sejak sekian lama.

Bergenang air mata tengok…Happy betul dapat makan

Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 50 ribu jumlah tontonan dan 3.5 ribu retweets di laman sosial berkenaan. Di samping terhibur dengan karenah ditampilkan oleh Fadil, rata-rata netizen turut bersimpati dengan takdir hidupnya yang tidak mewah seperti manusia lain.

[VIDEO] 4 Hari Tak Makan, Reaksi Lelaki Istimewa Daif Ini Undang Sebak Ramai


[VIDEO] 4 Hari Tak Makan, Reaksi Lelaki Istimewa Daif Ini Undang Sebak Ramai

[VIDEO] 4 Hari Tak Makan, Reaksi Lelaki Istimewa Daif Ini Undang Sebak Ramai

Sumber: Twitter MOFASAD 


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] 4 Hari Tak Makan, Reaksi Lelaki Istimewa Daif Ini Undang Sebak Ramai

Sharing is caring!