Viral

[VIDEO] 4 Tahun Bercinta, Gadis Melalak Dapat Tahu Wali Lari Di Hari Pernikahan

[VIDEO] 4 Tahun Bercinta, Gadis Melalak Dapat Tahu Wali Lari Di Hari Pernikahan

Sharing is caring!

Hari pernikahan adalah detik paling ditunggu-tunggu oleh dua insan yang sudah menjalin hubungan cinta bertahun-tahun lamanya. Berbekalkan restu keluarga dan ibu bapa, sudah pasti mereka cukup teruja untuk melayari bahtera baru. Walau bagaimanapun, situasi berbeza ternyata berlaku kepada sepasang mempelai di Indonesia ini.

BACA: Overthinking Sampai Takut Nak Kahwin? Buat Taaruf Agar Tak Salah Pilih Partner

Terpaksa dibatalkan pada hari yang sama sebab ibu bapa lari tak nak kahwinkan

Menerusi satu perkongsian di TikTok @AyuUlandari, seorang gadis lengkap menyarungkan persalinan pengantin dilihat meraung-raung sambil ditenangkan orang sekeliling. Difahamkan majlis perkahwinan itu terpaksa dibatalkan selepas kedua-duanya melarikan diri dan enggan menikahkan anak perempuan mereka.


[VIDEO] 4 Tahun Bercinta, Gadis Melalak Dapat Tahu Wali Lari Di Hari Pernikahan

4 tahun bercinta dengan teman lelaki tapi pengakhirannya menyedihkan

Walhal segala persiapan majlis seperti pelamin dan juga bahagian katering sudah pun siap dilakukan untuk menyambut kehadiran tetamu yang hadir. Lebih menyedihkan bakal pengantin tersebut sudah bercinta hampir 4 tahun sebelum akhirnya mengambil keputusan untuk berkahwin. Siapa sangka hari yang sepatutnya bahagia bertukar duka dengan tragedi sedemikian rupa.

@_…….yudlllan_20220

♬ Kamu & Kenangan – Original Soundtrack Habibie & Ainun 3 – Maudy Ayunda

@_…….yudlllan_20220

♬ original sound – Ayu Ulandari – Ayu Ulandari

Mungkin Allah ada perancangan yang lebih baik. Boleh jadi kalau kahwin dia yang menyesal nanti

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsikan rasa kecewa apabila mendengar tentang kejadian tersebut. Tidak pasti apakah sebabnya, ramai mempersoalkan tindakan kedua-dua ibu bapa kepada gadis berkenaan yang telah mengambil keputusan secara melulu untuk lari daripada majlis itu.


[VIDEO] 4 Tahun Bercinta, Gadis Melalak Dapat Tahu Wali Lari Di Hari Pernikahan

[VIDEO] 4 Tahun Bercinta, Gadis Melalak Dapat Tahu Wali Lari Di Hari Pernikahan

[VIDEO] 4 Tahun Bercinta, Gadis Melalak Dapat Tahu Wali Lari Di Hari Pernikahan

Sumber: TikTok AyuUlandari 

 


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini