[VIDEO] 4 Tahun Jadi ‘Miss Trivago’, Dahlia Shazwan Dedah Kerja Belakang Tabir

Sebuah iklan boleh disifatkan sebagai berjaya disampaikan apabila ia terus meniti di bibir orang ramai. Iklan Trivago adalah salah satunya yang sangat diminati oleh ramai orang khususnya kanak-kanak. Apabila ditayangkan, macam ada magnet yang menarik kita ke depan televisyen. Entah apakah mantera yang digunakan, namun Miss Trivago Malaysia iaitu Dahlia Shazwan terus menjadi tumpuan sehingga kini.

Baca : [VIDEO] Kenapa Bayar Lebih? Parodi Trivago Lawak, Maya Karin Pun Terhibur!

Menerusi Instagram Dahlia, dia menzahirkan rasa teruja kerana sudah lama terlibat dalam iklan kegemaran rakyat Malaysia ini.

Ini adalah tahun keempat saya menjadi duta Trivago Malaysia. Rasa seronok sangat sebab sepanjang 4 tahun ni, korang menyokong saya. Iklan ni dah jadi sebahagian daripada kehidupan korang. Saya akan kongsikan pelbagai kerja belakang tabir dan perkara menarik semasa rakaman. Saya bakal umumkan sesuatu. Nantikan! #terimakasihtrivago

Walaupun skrip yang perlu diucapkan oleh Dahlia bersifat ringkas dan bersahaja, namun ia bukanlah alasan untuk Miss Trivago Malaysia memandang ringan tugas ini.

Bukan itu sahaja, transisi pergerakan badan juga perlu selari dengan iklan Trivago dari negara lain.

Di ruangan komen pula, ramai juga ibu bapa yang membuat pengakuan bahawa anak-anak mereka sangat minat dengan iklan ini!

Anak saya masa baby tengok iklan Trivago sampai terangkat-angkat kaki

Bukan budak-budak je suka, saya pun suka

Anak nak tidur tapi boleh segar mata kalau tengok iklan ni

Sumber : Instagram Dahlia Shazwan

Apa Komen Anda?