[VIDEO] 4 Tahun Menduda, DS Eizlan Yusof Kahwini Gadis 19 Tahun Lebih Muda

Pelakon dan juga ahli perniagaan, Datuk Seri Eizlan Yusof telah selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya iaitu seorang gadis berketurunan Serani yang berumur 29 tahun. Terdahulu, DS Eizlan itu pernah membuat pengumuman akan mengakhiri zaman dudanya melalui satu sidang media beberapa hari lalu serta memuat naik beberapa foto pre-wedding namun tanpa memperlihatkan wajah sebenar bakal isterinya.

BACA: [VIDEO] Fizi Ali Sebak, Issey Umum Bakal Kahwini Ibu Tunggal Anak 3

Advertisement

Selamat dinikahkan bersama pilihan hati 

Majlis yang telah berlangsung di The Glass Suite, Bora Ombak, Putrajaya tersebut menyaksikan duda kepada tiga orang anak itu selamat diijabkabulkan dengan wanita bernama Natasha Rosa. Pengantin perempuan telah menerima mas kahwin sebanyak RM80 beserta wang hantaran berjumlah RM12,121.90 selain sebentuk cincin berlian.  Pada awalnya majlis berkenaan ingin diadakan secara ringkas. Namun selepas ada rakan-rakan lain yang bermurah hati untuk menaja serta mengurus hari bahagia tersebut, mereka terbuka hati untuk meraikannya dengan meriah. 

Advertisement

Gambar Kredit Budiey

Mendapat restu dan izin anak-anak

Advertisement

Walaupun berbeza 19 tahun bersama pilihan hatinya, Datin Seri Natasha Rosa namun pelakon tersebut yakin dengan keputusannya selepas melihat hubungan wanita berkenaan bersama ketiga-tiga anaknya agak rapat. Wanita itu juga adalah merupakan seorang mualaf selepas memeluk agama Islam pada Ogos 2018 sebelum dilamar oleh lelaki berkenaan. Perkenalan mereka berdua selama empat tahun lalu dipercayai dicetuskan oleh rakan masing-masing, memandangkan kedua-dua mempelai berkongsi hobi yang sama iaitu menyelam skuba. 

View this post on Instagram

Advertisement

Selesai sudah upacara menyarung cincin bagi kedua mempelai DS @eizlanyusof dan juga isteri Datin Seri Natasha Rosa. #MHnews #MediaHiburan

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on

Advertisement

 

Sumber: Instagram Media Hiburan dan Budiey 

Advertisement

Apa Komen Anda?