Viral Inspirasi

Video 5 Saat Menjentik Hati, Murid Ini Dipuji Tulus Suap Kawan ‘Istimewa’ Makan

Video 5 Saat Menjentik Hati, Murid Ini Dipuji Tulus Suap Kawan ‘Istimewa’ Makan

Meskipun usia seorang murid sekolah rendah masih sangat muda, namun peribadi mulia yang dipaparkan mereka terkadang mampu menjentik sanubari kita. Apa yang dibuat mungkin nampak kecil, namun impaknya cukup memberikan kesan mendalam persis sebuah video tular ini.

BACA : Alahai Kacang Ketot Nyanyi Lagu Viral, Suara Lelaki Dipuji Mirip P. Ramlee

Gelagat 2 murid dari SK Inarad menjadi tular hingga raih ratusan ribu jumlah tontonan

Seorang guru telah berkongsi situasi mengharukan yang berlaku antara 2 orang pelajarnya di Sekolah Rendah Inarad, Tongod, Sabah. Dapat disaksikan, mereka berdua telah duduk semeja secara berhadapan di mana salah seorangnya mula menyuapkan makanan dengan penuh tulus. Demi mengutamakan rakan istimewanya makan, terlihat makanan budak itu masih penuh dan diletakkan dahulu di penjuru meja kayu.

Video 5 Saat Menjentik Hati, Murid Ini Dipuji Tulus Suap Kawan ‘Istimewa’ Makan

Tak segan suap rakan istimewa makan dalam kelas

Murid istimewa itu pula menjamu suapan tersebut dengan tenang sambil disaksikan beberapa orang murid lain di dalam kelas. Meskipun rakaman ini cuma berdurasi 5 saat sahaja, namun tauladan dan kebaikan yang ditunjukkan oleh sosok seorang murid sekolah rendah nyatanya mengundang rasa sebak.

@edwinpiusentak

♬ original sound – Neen

Sikap dia mencerminkan keperibadian mak ayahnya…Tengok cara dia suap pun, betul-betul ikhlas dari hati

Langsung tidak berasa malu untuk berkawan dengan rakan sekelas yang ‘kekurangan’, peribadinya telah meraih pujian melambung daripada netizen. Selain itu, ramai yang turut percaya kebaikan itu adalah hasil didikan ibu ayahnya dari rumah.

Video 5 Saat Menjentik Hati, Murid Ini Dipuji Tulus Suap Kawan ‘Istimewa’ Makan

Video 5 Saat Menjentik Hati, Murid Ini Dipuji Tulus Suap Kawan ‘Istimewa’ Makan

Video 5 Saat Menjentik Hati, Murid Ini Dipuji Tulus Suap Kawan ‘Istimewa’ Makan

Video 5 Saat Menjentik Hati, Murid Ini Dipuji Tulus Suap Kawan ‘Istimewa’ Makan

Kredit : TikTok edwinpiusentak

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Video 5 Saat Menjentik Hati, Murid Ini Dipuji Tulus Suap Kawan ‘Istimewa’ Makan

Facebook

Telegram

Kasut