Inspirasi Keibubapaan

[VIDEO] 6 Tahun Menanti Zuriat, Isteri Menangis Terharu Disahkan Hamil

[VIDEO] 6 Tahun Menanti Zuriat, Isteri Menangis Terharu Disahkan Hamil

Setiap suami isteri yang sekian lama berumah tangga pasti menginginkan kehadiran zuriat sendiri. Lebih-lebih lagi kehadiran cahaya mata itu bakal menjadi penyeri dalam perkahwinan terbina. Walau bagaimanapun, tidak semua mereka yang berkahwin diberikan rezeki daripada Tuhan. Hakikatnya, perubatan zaman moden kini menawarkan bermacam-macam alternatif bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik mendapatkan zuriat.

BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini

[VIDEO] 6 Tahun Menanti Zuriat, Isteri Menangis Terharu Disahkan Hamil
Gambar sekadar hiasan

Lagi berita gembira

Itulah bantuan yang sentiasa diberikan oleh pakar perubatan dalam bidang obsterician dan gynaecologist, Dr Thoka Bin Muhammad. Menerusi video berdurasi 2 minit 40 saat di laman Instagram miliknya, kelihatan sepasang suami isteri terlalu gembira dan terharu sebaik sahaja menerima berita isterinya disahkan hamil. Wanita tersebut tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata kerana penantiannya selama 6 tahun untuk memiliki zuriat sendiri tercapai. Menurut Dr Thoka, kaedah rawatan bayi tabung uji (IVF-In Vitro Fertilisation) yang dilakukan telah berjaya di samping usaha dan doa mereka.

View this post on Instagram

IVF ends her 6 years of waiting

A post shared by Dr. Thokha Muhammad (@drthokha) on

 

Semoga dipermudahkan urusan setersunya

Perkongsian detik manis suami isteri tersebut telah mendapat jumlah tontonan lebih 40 ribu kali di laman Instagram. Rata-rata netizen turut terharu menyaksikan reaksi mereka. Mereka turut mendoakan agar suami isteri berkenaan dipermudahkan urusan seterusnya serta diberikan kesihatan yang baik untuk si ibu dan anak yang dikandung.  

[VIDEO] 6 Tahun Menanti Zuriat, Isteri Menangis Terharu Disahkan Hamil [VIDEO] 6 Tahun Menanti Zuriat, Isteri Menangis Terharu Disahkan Hamil [VIDEO] 6 Tahun Menanti Zuriat, Isteri Menangis Terharu Disahkan Hamil [VIDEO] 6 Tahun Menanti Zuriat, Isteri Menangis Terharu Disahkan Hamil

Sumber : Instagram Dr. Thoka Muhammad

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] 6 Tahun Menanti Zuriat, Isteri Menangis Terharu Disahkan Hamil

Facebook

Telegram