Viral

[VIDEO] 6 Tahun Selalu Tidur Bersama, Lelaki Nangis Tak Henti ‘Milo’ Pergi

[VIDEO] 6 Tahun Selalu Tidur Bersama, Lelaki Nangis Tak Henti ‘Milo’ Pergi

Sharing is caring!

Kucing seringkali menjadi pilihan ramai sebagai haiwan peliharaan kesayangan kerana sifatnya yang sangat manja. Sepertimana juga manusia, binatang turut mempunyai jangka hayatnya dan pemergian tersebut pasti akan membawa perasaan sangat sedih terutama kepada pemiliknya.

BACA: Tahu-Tahu Je Dah Masuk- Kucing Bijak Buka Pintu Sendiri, Siap Lompat Paut

Dah 6 tahun bela ‘Milo’ dari kecil lagi, selalu tidur dengan Abah

Menerusi sebuah video di Twitter milik Cik Chaa Chaa, ahli keluarganya telah mengalami kesedihan apabila kehilangan haiwan kesayangan bernama ‘Milo’ telah pergi untuk selamanya. Jelasnya, kucing itu sudah pun 6 tahun dijaga keluarga mereka daripada kecil sehinggalah membesar sihat. Malah, ‘Milo’ sangat rapat dengan ayahnya dan sering tidur bersama-sama.


[VIDEO] 6 Tahun Selalu Tidur Bersama, Lelaki Nangis Tak Henti ‘Milo’ Pergi

Abah menangis tak henti bila kucing kesayangan pergi untuk selamanya

Ayahnya dilihat memangku jasad ‘Milo’ yang tidak bernyawa itu dengan penuh erat untuk ditanam di halaman rumah, sambil menangis teresak-esak. Setiap hari, ‘si comel’ berkenaan juga akan mengejutkan lelaki itu bila masuk waktu solat Subuh.

Senang jaga ‘Milo’, tak kencing merata dan merayap mana-mana

‘Si meow’ itu juga digambarkan sebagai kucing yang sangat baik dan tidak mempunyai banyak kerenah. Oleh sebab itu, pemergian haiwan peliharaan tersebut memberi kesan yang sangat hebat untuk mereka sekeluarga sehinggakan terlintas perasaan serik.


[VIDEO] 6 Tahun Selalu Tidur Bersama, Lelaki Nangis Tak Henti ‘Milo’ Pergi

Sumber: Twitter Cik Chaa Chaa


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini