Cinta Viral

[VIDEO]8 Tahun Tergantung Sepi, Da’i Wan Kongsi Detik Perkenalan Bersama Isteri

[VIDEO]8 Tahun Tergantung Sepi, Da’i Wan Kongsi Detik Perkenalan Bersama Isteri

Sharing is caring!

Ajal, jodoh dan pertemuan sememangnya sudah ditentukan oleh-Nya sejak di Luth Mahfuz. Apabila mengimbas kembali detik perkenalan dengan orang tersayang, pastinya banyak memori yang tak dapat dilupakan. Bahkan sesetengah daripada mereka dipertemukan dengan cara yang tidak disangka-sangka. Begitulah fasa yang turut dilalui oleh seorang pendakwah bebas iaitu Da’i Wan atau nama sebenarnya Wan Dazrin Bin Wan Din.

BACA: Gara-Gara Game Suruh Putuskan Hubungan Cinta, Da’i Wan Digelar Ulama Picisan

Suka segalanya pasal dia

Baru-baru ini, Da’i Wan ada berkongsi satu sedutan video yang dipercayai diambil sewaktu resepsi pernikahannya bersama isteri beberapa tahun lepas. Dalam video berkenaan, mereka yang berpakaian sedondon berwarna kuning telah diajukan soalan daripada pengacara majlis. Menariknya dalam pada kedua-duanya kelihatan seperti ‘malu-malu kucing’, si isteri memberitahu dia mencintai lelaki itu dengan seadanya.


Saya berjanji tidak ada wanita lain yang bertakhta di hati

Bercerita lanjut mengenai posting berkenaan, Da’i Wan menerusi kapsyen menyatakan video tersebut sudah lama disimpan sebagai tatapan peribadi sebelum terbuka untuk berkongsikannya kepada khalayak. Beralih kepada babak tersebut, pendakwah itu memaklumkan bahawa beliau begitu sangatlah terharu mendengar jawapan daripada isterinya, Syahirah. Malah bermula saat itu jugalah, beliau berjanji akan menjadi seorang suami yang setia sepanjang hayat. 

[VIDEO]8 Tahun Tergantung Sepi, Da’i Wan Kongsi Detik Perkenalan Bersama Isteri

[VIDEO]8 Tahun Tergantung Sepi, Da’i Wan Kongsi Detik Perkenalan Bersama Isteri

8 tahun tergantung sepi

Tambahnya lagi, perkenalan bersama isteri dianggap sangat bermakna memandangkan beliau boleh dikatakan agak sombong dan tidak mudah untuk bercakap dengan dengan wanita ketika di pusat pengajian. Namun atas nilai kepercayaan yang tinggi terhadapnya, wanita itu sanggup menanti selama 8 tahun untuk melanjutkan hubungan ke fasa seterusnya. 


[VIDEO]8 Tahun Tergantung Sepi, Da’i Wan Kongsi Detik Perkenalan Bersama Isteri

[VIDEO]8 Tahun Tergantung Sepi, Da’i Wan Kongsi Detik Perkenalan Bersama Isteri [VIDEO]8 Tahun Tergantung Sepi, Da’i Wan Kongsi Detik Perkenalan Bersama Isteri

 

Sumber: Facebook Da’i Wan


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!