Viral

[VIDEO] 9 Bulan Terpisah, Tangisan Frontliner Dakap Ibu Menyentuh Hati Ramai

[VIDEO] 9 Bulan Terpisah, Tangisan Frontliner Dakap Ibu Menyentuh Hati Ramai

Sharing is caring!

Tidak dinafikan, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlangsung selama hampir 3 bulan pastinya mencoretkan satu kisah yang tidak akan dilupakan dalam sejarah perjalanan Malaysia ekoran pandemik COVID-19. Mana taknya, para frontliners terutamanya petugas kesihatan dan juga anggota keselamatan negara dilihat gigih berjuang meskipun terdedah kepada risiko jangkitan virus tersebut.

BACA : Penat Jadi Bibik Waktu PKP, Suami Akui Isteri Frontliner Sejati Di Rumah


Pertemuan penuh emosi…

Berikutan itu, pastinya mereka terpaksa berjauhan tempoh masa lama daripada orang tersayang. Bukan sahaja kekangan masa, malahan faktor keselamatan juga membuatkan mereka terpaksa menahan diri daripada pulang berjumpa keluarga. Terbaharu, sebuah rakaman video penuh emosi dikongsikan menerusi laman Facebook Friends of PDRM telah menarik perhatian ramai dan nyata membuatkan sesiapa sahaja berjurai air mata.

[VIDEO] 9 Bulan Terpisah, Tangisan Frontliner Dakap Ibu Menyentuh Hati Ramai

6 bulan di pusat latihan & 3 bulan PKP.. sayu tak dapat jumpa keluarga

Klip video berdurasi lebih daripada tiga minit itu memaparkan pertemuan dua beranak yang sudah hampir 9 bulan tidak bertemu. Difahamkan frontliner berkenaan berusaha membuat kejutan istimewa untuk pulang tanpa pengetahuan ibunya yang berkerja sebagai penjual nasi lemak. Malah dia juga sempat menyamar sebagai pembeli sebelum identitinya terkantoi.


[VIDEO] 9 Bulan Terpisah, Tangisan Frontliner Dakap Ibu Menyentuh Hati Ramai

Buat surprise datang gerai nasi lemak mak dia..

Namun, detik bahagia berkenaan bertukar lucu apabila si ibu dilihat terkejut besar dengan kepulangan tidak disangka-sangka itu. Tatkala si ibu terpinga-pinga melihat kelibat anaknya, pemuda berkenaan terus melulu memeluk wanita yang sangat dirinduinya selama ini. Tidak sekadar mendapat jumlah tontonan mencecah ratusan ribu, malahan kebanyakan netizen mengakui sebak melihat betapa rindunya seorang anak yang terpaksa berjauhan dengan keluarga atas urusan khidmat pada negara.

[VIDEO] 9 Bulan Terpisah, Tangisan Frontliner Dakap Ibu Menyentuh Hati Ramai [VIDEO] 9 Bulan Terpisah, Tangisan Frontliner Dakap Ibu Menyentuh Hati Ramai [VIDEO] 9 Bulan Terpisah, Tangisan Frontliner Dakap Ibu Menyentuh Hati Ramai

Sumber : Facebok Friends of PDRM


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!