Viral Mistik

[VIDEO] Ada ‘Benda’ Lempar Patung Di Rumah, Dedah Ruang Atas Memang Berhantu

[VIDEO] Ada ‘Benda’ Lempar Patung Di Rumah, Dedah Ruang Atas Memang Berhantu

Sharing is caring!

Pernah tak dengar bilik atau rumah yang sudah lama ditinggalkan akan didiami oleh ‘benda’ lain? Apabila ‘mereka’ sudah selesa, pastinya susah untuk disingkirkan. ‘Mereka’ akan menghuni di tempat itu dan pastinya tidak suka jika ada yang menganggu ketenteraman mereka. Pelik tapi tak mustahil, ikuti perkongsian seram yang dialami oleh lelaki Indonesia ini.

BACA: Telinga Bingit Bila Baca Yassin, Lelaki Bongkar Kisah Seram Diganggu Bunyi Guli


[VIDEO] Ada ‘Benda’ Lempar Patung Di Rumah, Dedah Ruang Atas Memang Berhantu

Balik tengah malam terus berselawat masuk, sekali ‘benda’ tu baling patung ke bawah

Menerusi TikTok, Nafa Adrian telah merakam detik masuk ke rumahnya pada waktu tengah malam. Sebaik berada di dalam, dia berselawat smabil meninjau beberapa bilik di kediaman dua tingkat itu. Namun tak semena-mena, sebuah patung seolah-olah dibaling daripada tingkat atas bergolek di hadapannya. Lelaki berkenaan terkejut kerana dia mengetahui tiada siapa pun berada di tingkat atas dan terus berlari ke luar.

@nafa_adrian

Itu lantai atas pusatnya setan soale ga pernah kepake #serem #fyp #foryou #samasamadirumah

♬ original sound – Nafa Adrian – Nafa Adrian

Banyak barang tak digunakan tapi selalu dengar bunyi pelik di tingkat atas

Di ruangan komen pula, ada di antara netizen yang sangsi serta curiga dengan tingkat atas kediaman Adrian. Lelaki ini sanggup membuat tour untuk menunjukkan keadaan sebenar tingkat atas rumahnya itu dan mengakui tidak berani untuk menaiki ruang berkenaan terutama pada waktu malam. Hal ini kerana barangan yang ada di tingkat atas itu tidak lagi digunakan, tetapi sering sahaja terdengar bunyi pelik di ruangan berkenaan.


@nafa_adrian

Balas @adecadarlan1501 yg penasaran nih nanti di bilang boongan #serem #fyp #foryou #samasamadirumah

♬ original sound – Nafa Adrian – Nafa Adrian

Sumber: TikTok Nafa Adrian


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!